Wednesday, July 09, 2014

Hantu 13 Mei 1969, Buatkan Keseluruhan DAP dan Lim Anak Beranak Jadi Gila !

9 Julai 2014
dap
Perkataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy sebenarnya mengundang malapetaka yang lebih besar sekiranya orang Melayu dan Islam memberikan reaksi yang tidak sepatutnya. Dalam keadaan di mana pemimpin politik seperti P.Ramasamy 
seharusnya memberikan sumbangan bagi mewujudkan kestabilan dan memupuk lagi semangat bersatu padu di kalangan masyarakat negara ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu mengambil pendekatan sebaliknya.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat lepas yang mengingatkan masyarakat bahawa Tragedi 13 Mei 1969 mungkin akan berulang sekiranya masyarakat tidak bekerjasama mewujudkan kestabilan, tidak saling cuba memahami dan menghormati, sentiasa bersedia mencetuskan sesuatu yang sensitif dan tidak belajar daripada kesilapan silam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yasin adalah kenyataan biasa. Namun DAP yang sangat sensitif dengan perkataan ’13 MEI 1969’ segera memutarbelitkan kenyataan berkenaan. DAP menerusi Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng melihat ini adalah peluang untuk membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa keseluruhan orang Melayu adalah tidak waras, haus darah dna suka bercakap besar tentang pertumpahan darah.

Daripada ingatan biasa, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang telah menukarkan kenyataan tersebut sebagai satu petunjuk bahawa UMNO bersedia mencetuskan semula Tragedi 13 Mei 1969 yang baru demi meraih sokongan serta memberikan ancaman kepada orang Cina di negara ini.

Ditokok tambah pula oleh RSN Rayer, ADUN Seri Delima yang dendamnya kepada Melayu-Islam tidak pernah terpadam atas sebab yang hanya dia sahaja yang tahu, P.Ramasamy yang merupakan salah seorang yang dilantik oleh kumpulan pengganas Tamil Eelam (Harimau Tamil) sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan kumpulan pengganas tersebut pada tahun 2003, sentiasa mencari fasal agar orang Melayu-Islam memberikan reaksi ganas ke atas provokasi-provokasi yang mereka lakukan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sebenarnya mengundang perkara yang lebih besar, tidak sekadar persaingan antara parti-parti politik di negara ini untuk mendapatkan sokongan daripada para pengundi.

P.Ramasamy sebenarnya sedang mengundang pertumpahan darah sekaligus membenarkan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa 13 Mei 1969 akan berulang sekiranya ada rakyat Malaysia yang sangat gemar mencetuskan konflik dan melakukan provokasi kaum serta agama.

Namun agak menarik sebenarnya untuk melihat bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Tidak terkecuali juga DAP.

PRU-3 pada 10 Mei 1969 bermula dengan kempen selama 21 hari. Dalam rapat-rapat umum yang diadakan di seluruh negara, terutama sekali di bandar-bandar, Lim Kit Siang yang sebelum itu merupakan Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew sebelum PAP, Lee Kuan Yew dan Singapura ditendang keluar dari Malaysia pada tahun 1969 selepas Lee Kuan Yew mencetuskan masalah di Malaysia menerusi kempen Malaysian Malaysia dan keganasan kaum di Singapura pada 1964 yang menyaksikan orang Melayu dihalau beramai-ramai keluar dari kampung mereka.

Selama 21 hari itulah, Lim Kit Siang dan rakan-rakan DAPnya serta dibantu oleh chauvinist-chauvinist yang lain, termasuklah dari MCA dan GERAKAN yang pada ketika itu merupakan parti pembangkang melakukan kerja-kerja menghasut, memanaskan rakyat dengan isu-isu kaum, agama dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera. Dan selama dalam tempoh itulah juga, Lim Kit Siang serta konco-konconya mempertikaikan segala-galanya di negara ini dalam apa yang mereka katakan, AGAINST THE WRONGDOINGS OF GOVERNMENT – prinsip sama yang mereka timbulkan sekarang ini dalam penentangan teradap UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila perarakan pada petang 10 Mei 1969 semakin hangat dan apabila pengumuman bahawa DAP telah memenangi kerusi-kerusi bandaran, Lim Kit Siang segera melarikan diri ke Melaka kerana dia sudah mendapat tahu bahawa seorang pekerja Perikatan bernama Encik Mohd Yusuf telah dibunuh dan disimbah cat merah serta ditulis perkataan keji pada badan jenazahnya di Pulau Pinang.

11 Mei, keadaan semakin memburuk apabila orang-orang Cina mulai mengarakkan mayat seorang lelaki Cina yang dikatakan telah dibunuh oleh orang Melayu dari Jinjang walaupun sebenarnya dia mati kerana sakit tua.

Dan selebihnya adalah catatan sejarah.

DAP selepas perolehan besar pada tahun 2008 dan mengaut majoriti undi terbanyak pada beberapa kerusi Parlimen dan DUN tahun 2013, semakin kerap bermain-main dengan permainan tahun 1969. Mendalangi polemik isu kalimah ALLAH, BIBLE Bahasa Melayu, dan sebagainya, DAP yang kini berada di bawah kepimpinan Lim Guan Eng, tidak banyak bezanya dengan DAP pimpinan Lim Kit Siang pada tahun 1969.

Justeru itulah, mengapa DAP begitu melenting apabila Muhyiddin Yassin menceritakan elemen-elemen yang boleh mencetuskan tragedi perkauman dan keagamaan di negara ini biarpun tanpa menyebut tarikh spesifik. Kegilaan DAP mencetuskan peperangan di negara ini, sudah sampai ke tahap kronik.

Dan ini dapat dibuktikan menerusi respons yang diberikan oleh P.Ramasamy yang mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan pengganas, Tamil Eelam!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment