Wednesday, July 09, 2014

Kemelut MB Selangor, Tiba-Tiba Azmin Bersuara !!

9 Julai 2014 

khalid-azmin
BANYAK hal berlaku dalam PKR kebelakangan ini, hampir semuanya dikaitkan dengan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.   Antara paling menonjol, salah laku dalam pemilihan, insiden pecah kepala, blackout dan sebagainya.

Tapi, walaupun begitu, Ahli Parlimen Gombak ini ambil sikap kunci mulut, macam takde apa yang berlaku.

Sebaliknya, dalam kecoh-kecoh Khalid Ibrahim nak disepak keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Azmin buka mulut, minta semua pihak agar berhenti membuat spekulasi tentang perkara tersebut dan menumpukan kepada pembangunan negeri!!

Menariknya, entah siapa yang Azmin minta berhenti buat spekulasi sebab setahu kitalah, semua kekecohan ini berasal dari Pakatan juga. Lepas sorang, sorang pemimpin PAS, DAP dan PKR buat kenyataan hentam Khalid secara terbuka, antaranya Khalid Samad, Tony Pua dan Rafizi Ramli – termasuk minta Khalid letak jawatan secara terang-terangan.

Apa pun, yang menjadi musykil di kepala sekarang kenapa dalam hal ini Azmin bersuara?  Adakah soal Khalid nak kena letak jawatan ini sudah semakin hampir menjadi kenyataan atau dalang disebalik semua ini (iaitu dia sendiri) semakin hampir didedahkan?

Maka itu awal-awal buat kenyataan selamat diri sendiri dulu.

Tapi bagi yang sangka dengan ‘nasihat’ Azmin ini polemik berkaitan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan terhenti, boleh lupakan saja.  Penulis berani katakan, polemik ini akan semakin berpanjangan selepas ini.

Sebab kita tahu Khalid Ibrahim sedang atur serangan balas.  Ikut laporan, Khalid sedang melihat kepada beberapa GLC milik kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh/atau orang yang ada hubungkait dengan Azmin – sama ada dari segi kakitangan atau kontraktor yang ada kaitan dengan GLC terbabit.

Ikut sumber, inilah orang-orang sama yang Khalid percaya menguatkan kedudukan Azmin di Selangor hari ini baik dari segi pengaruh mahupun kewangan –  walaupun tanpa sebarang jawatan rasmi dengan kerajaan negeri.

Bila orang-orang ini disentuh, disitulah kebarangkalian nama Azmin terdedah.  Sebab itulah awal-awal buat kenyataan selamat diri dulu.

Apa pun, dalam polemik ini, rakyatlah paling terkesan.  Sementara 2 ekor ini bergaduh, krisis air di negeri tersebut semakin tidak dapat dielakkan kerana tidak ada siapa yang nak ambil tanggungjawab.  Silap-silap, sembahyang raya tahun ini guna tayamum saja.

Undilah lagi.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment