Wednesday, July 23, 2014
Tiba-Tiba Hari Ini, Najib Umumkan Rosmah Mansor Sebagai Menteri Besar dan Menteri Kabinet!
Apabila PERMATA diberikan peruntukan, dikatakan Rosmah menggunakan peruntukan tersebut untuk berjoli katak. Kononnya Rosmah menggunakan setiap sen daripada peruntukan berkenaan untuk hidup bermewah-mewah, bahkan hidup seperti ahli sihir di dalam kolam coklat. Apabila ada orang Melayu yang naik dalam bidang korporat, dikatakan itu adalah kerja Rosmah Mansor dan Rosmah Mansor sebenarnya Perdana Menteri Malaysia, bukan Najib Abdul Razak.
Allah Taala Maha Kaya dan Maha Adil. Ditunjukkan-Nya siapa sebenar yang bercakap dengan lidah bercabang dan ditunjukkan juga siapa sebenarnya yang menyerupai apa yang dikatakan kepada Rosmah Mansor.
Khalid Ibrahim cuba dilucutkan jawatannya oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim cuba berlagak sebagai Sultan Selangor. Khalid Ibrahim yang merupakan anak Selangor, dinafikan haknya dan orang luar seperti Anwar Ibrahim cuba mencatur pentadbiran negeri dengan ancaman akan menggunakan kuasa majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor untuk menghapuskan institusi atau kepentingan DYMM Sultan Selangor.
Keputusan dan pengabsahan seseorang sebagai Menteri Besar Selangor hanya datang daripada perkenan DYMM Sultan Selangor. Tanpa perkenan Sultan Selangor, Anwar Ibrahim sendiri pun tidak dapat menjadi Menteri Besar Selangor.
KAJANG MOVE sebenarnya dari awal lagi telah diketahui sebagai cubaan Anwar Ibrahim untuk berkuasa buat kali terakhir dengan menjadi Menteri Besar Selangor. Namun Kajang Move tidak kesampaian apabila Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.
Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan konco-konconya seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim. Namun halangan terbesar mereka adalah DYMM Sultan Selangor. Nama Azmin Ali tidak diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor kerana perangai tamak haloba serta serakahnya. Wan Azizah pula, sangat lemah,tidak ada pendirian, selain hanya merupakan seorang pelakon yang diarahkan oleh suaminya.
Apakah para penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR, masih mahu bercakap tentang kroni?
Rosmah Mansor dicela kerana menaungi PERMATA yang diberikan peruntukan sebanyak RM110 juta. Bagaimana dengan tindakan Anwar Ibrahim melantik isterinya sendiri? Bagaimana dengan RM2.5 bilion yang telah diusahakan oleh Khalid Ibrahim berdasarkan kepada kerja-kerja kerajaan Barisan Nasional dahulu?
Tidakkah Wan Azizah dan tindak tanduk Anwar Ibrahim jauh lebih kroni daripada sesiapa sahaja yang dituduhnya? Dan tidak sahaja kroni, bahkan cuba pula merampas, merompak dan menjarah duit rakyat menerusi perlegaran kuasa di kalangan ahli keluarganya semata-mata.
Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak mengumumkan isterinya Rosmah Mansor sebagai Menteri Besar bagi mana-mana negeri yang dikuasai oleh UMNO!
Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak mengumumkan isterinya, Rosmah Mansor sebagai salah seorang Menteri Kabinet atau Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen mana-mana Kementerian.
Bayangkanlah… tiba-tiba Najib Abdul Razak memberi alasan, perlantikan Rosmah Mansor sebagai kaedah untuk memantapkan parti dan memudahkan perjuangan seperti alasan-alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim.
Agak-agaknya apa yang akan dikatakan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment