Monday, July 14, 2014

Lebih Ramai DYANA SOFYA dan RARA OTHMAN Akan Direkrut DAP Demi PRU-14

14 Julai 2014


DAP sedang melaksanakan rancangan mereka secara tersusun. Kalau dahulu, DAP mengamalkan sikap membenci Melayu-Bumiputera, tetapi setelah keputusan PRU-12 dan PRU-13, DAP sedar, untuk mereka menguasai Malaysia, DAP memerlukan Melayu dan Bumiputera.

Masyarakat Cina dianggap sudah solid menyokong DAP. DAP tidak gusar langsung dengan masyarakat Cina. Sebahagian daripada masyarakat India pula, cukup sekadar memuji mereka dan kelihatan seperti memperjuangkan mereka, maka India akan menyokong DAP. Yang menjadi masalah kepada DAP sekarang adalah Melayu.

Walaupun DAP bekerjasama dengan PKR dan PAS, namun DAP mempunyai perancangannya yang tersendiri. Berkongsi kuasa dengan PKR yang serba tidak menentu merupakan risiko besar. Begitu juga dengan kerjasama dengan PAS. Walaupun DAP bermanis muka dan mulut dengan PAS, hakikatnya PAS tidak dipercayai oleh DAP. Apatah lagi, pada tahun 1969, PAS pernah menyertai Barisan Nasional, bahkan Barisan Nasional wujud kerana penyertaan PAS.

Golongan tua bukanlah sasaran DAP. DAP membuat perancangan jangka panjang. Golongan tua atau golongan yang berusia lebih 40 tahun dilihat sebagai golongan tegar UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimanapun, golongan sasar iaitu golongan di bawah 30 tahun, mempunyai  lebih banyak ruang untuk DAP menusukkan agenda, hasutan dan putar belit yang lebih besar.

Dyana Sofya yang dijadikan calon DAP untuk PRK Teluk Intan baru-baru ini merupakan ujikaji terbaik DAP. DAP berjaya mewujudkan daya pesona untuk menarik sokongan golongan muda Melayu kepada parti tersebut yang pernah dipalit sejarah hitam apabila terlibat sepenuhnya dalam tragedi 13 Mei 1969. 

Walaupun kalah di Teluk Intan, DAP berjaya mewujudkan satu fenomena yang belum pernah berlaku selama ini.

Justeru, DAP memperbaiki keadaan tersebut. Lebih banyak Melayu muda lain yang cantik, jelita, profesional dan mempunyai daya tarikan direkrutkan sebagai bakal pemimpin DAP. Walaupun  mereka tidak akan sama sekali berada dalam hierarki kanan DAP kerana keseluruhan tampuk kepimpinan DAP dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim dan konco-konco mereka, Melayu-Melayu muda seperti Dyana Sofya dan seorang lagi ‘bintang baru’ DAP, Shefura Othman bakal disusuli oleh lebih ramai anak-anak muda Melayu profesional lain yang juga berfikiran liberal.

Ditambah pula dengan keaktifan DAP mendaftarkan ahli-ahli baru di kalangan anak-anak muda Melayu dan pada masa yang sama, turut mendaftarkan mereka sebagai pengundi, ancaman tersebut akan menyusahkan UMNO dan Barisan Nasional yang sehingga kini masih lagi leka dan seolah-olah tidak dapat memikirkan kaedah terbaik untuk memantapkan parti selain terus bersikap retorik dan sambil lewa seperti sekarang.

Dalam keadaan sekarang di mana DAP menggunakan masa selama tiga tahun ini dengan sebaik-baiknya untuk menambah keahlian baru di kalangan ahli-ahli Melayu muda, sudah sepatutnya para pemikir di dalam UMNO dan Barisan Nasional mula mengorak langkah mencari jalan untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya memantapkan sokongan kepada parti. Corak dan kaedah politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional sekarang ini, sudah jauh ketinggalan. UMNO dan Barisan Nasional perlu berpolitik secara aktif agar DAP tidak menukar catatan sejarah tentang 13 Mei 1969 dengan menyalahkan UMNO seperti yang dilakukan oleh penulis mereka, Kua Kia Soong memandangkan sejarah ditulis oleh pihak yang menang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment