Wednesday, July 09, 2014

Khalid Ibrahim Mengadap Tuanku Sultan Selangor Hari Ini?

AnwarrenungKhalid

7 Julai 2014 - Angin menderu bak beliung dari tengah malam tadi, akan tergelincirnya si Bendahara dari kerusi empuk Darul Ehsan. Ada pun yang percaya ianya tidak ubah khabar angin semata, namun pokok itu bergoyang dengan sangat kerap, dan geloranya sudah kelihatan sejak beberapa purnama yang lalu. Saat ini, getaran berskala besar pada pokok tidak mungkin boleh disembunyikan lagi.

Pro Khalid Ibrahim kini jelas sangat terkesan dan marah dengan apa yang sedang berlaku ketika ini. Mereka berhak untuk marah, kerana dalam status Khalid Ibrahim masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, sudah disebar luas tarikh perletakan jawatan beserta majlis rasmi berkaitannya! Dan sebaran ini bukanlah datang dari Khalid Ibrahim atau penyokongnya sendiri!

Antara watak-watak yang dikhabarkan berperanan besar dalam ini filem adalah Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Suhaimi Shafie (ADUN Sri Muda), Shamsul Iskandar (Ahli Parlimen Bukit Katil) dan Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat).

Namun, penulis merasakan tidak semudah itu untuk Khalid Ibrahim berundur demi maruahnya yang telah dirobek berkali-kali oleh sekutunya sendiri sebelum ini. Khalid juga punya maruah, dan apa yang kita ketahui berkenaan kritikan-kritikan pedas dari kem Khalid ke pucuk pimpinan PKR membuktikan tidak tertanggung lagi amarah dek permainan politik dalam sesama sendiri.

Diberitakan oleh seorang sahabat, bahawa Khalid Ibrahim berkemungkinan mengadap Tuanku Sultan Selangor pada hari ini berhubung perletakkan jawatannya selaku Menteri Besar. Apakah berita ini benar?

Apakah Khalid Ibrahim ingin mengundur diri selaku Menteri Besar Selangor? atau
Apakah dia ingin mengundur sebagai MB, tetapi mengekalkan jawatannya selaku ADUN Pelabuhan Klang? Itupun kalau dia mampu menahan malu di sidang DUN nanti; atau

Menzahirkan slogan PR iaitu merakyatkan segalanya, dengan memberi cadangan tarikh PEMBUBARAN DUN SELANGOR agar terpulang kepada rakyat untuk menilai dan memilih semula pada Pilihanraya Kecil Negeri?

Semenjak malam tadi, penulis tidak putus-putus menerima mesej pertanyaan dari rakan-rakan berkenaan kesahihan perkara ini. Oleh itu, gaya artikel kali ini berbeza, bukan satu kenyataan, tetapi satu pertanyaan.

Siapa boleh beri kepastian terhadap persoalan di dalam artikel ini? Berikan komentar anda.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment