Monday, July 14, 2014

Lebih Ramai DYANA SOFYA dan RARA OTHMAN Akan Direkrut DAP Demi PRU-14

14 Julai 2014


DAP sedang melaksanakan rancangan mereka secara tersusun. Kalau dahulu, DAP mengamalkan sikap membenci Melayu-Bumiputera, tetapi setelah keputusan PRU-12 dan PRU-13, DAP sedar, untuk mereka menguasai Malaysia, DAP memerlukan Melayu dan Bumiputera.

Masyarakat Cina dianggap sudah solid menyokong DAP. DAP tidak gusar langsung dengan masyarakat Cina. Sebahagian daripada masyarakat India pula, cukup sekadar memuji mereka dan kelihatan seperti memperjuangkan mereka, maka India akan menyokong DAP. Yang menjadi masalah kepada DAP sekarang adalah Melayu.

Walaupun DAP bekerjasama dengan PKR dan PAS, namun DAP mempunyai perancangannya yang tersendiri. Berkongsi kuasa dengan PKR yang serba tidak menentu merupakan risiko besar. Begitu juga dengan kerjasama dengan PAS. Walaupun DAP bermanis muka dan mulut dengan PAS, hakikatnya PAS tidak dipercayai oleh DAP. Apatah lagi, pada tahun 1969, PAS pernah menyertai Barisan Nasional, bahkan Barisan Nasional wujud kerana penyertaan PAS.

Golongan tua bukanlah sasaran DAP. DAP membuat perancangan jangka panjang. Golongan tua atau golongan yang berusia lebih 40 tahun dilihat sebagai golongan tegar UMNO dan Barisan Nasional. Bagaimanapun, golongan sasar iaitu golongan di bawah 30 tahun, mempunyai  lebih banyak ruang untuk DAP menusukkan agenda, hasutan dan putar belit yang lebih besar.

Dyana Sofya yang dijadikan calon DAP untuk PRK Teluk Intan baru-baru ini merupakan ujikaji terbaik DAP. DAP berjaya mewujudkan daya pesona untuk menarik sokongan golongan muda Melayu kepada parti tersebut yang pernah dipalit sejarah hitam apabila terlibat sepenuhnya dalam tragedi 13 Mei 1969. 

Walaupun kalah di Teluk Intan, DAP berjaya mewujudkan satu fenomena yang belum pernah berlaku selama ini.

Justeru, DAP memperbaiki keadaan tersebut. Lebih banyak Melayu muda lain yang cantik, jelita, profesional dan mempunyai daya tarikan direkrutkan sebagai bakal pemimpin DAP. Walaupun  mereka tidak akan sama sekali berada dalam hierarki kanan DAP kerana keseluruhan tampuk kepimpinan DAP dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim dan konco-konco mereka, Melayu-Melayu muda seperti Dyana Sofya dan seorang lagi ‘bintang baru’ DAP, Shefura Othman bakal disusuli oleh lebih ramai anak-anak muda Melayu profesional lain yang juga berfikiran liberal.

Ditambah pula dengan keaktifan DAP mendaftarkan ahli-ahli baru di kalangan anak-anak muda Melayu dan pada masa yang sama, turut mendaftarkan mereka sebagai pengundi, ancaman tersebut akan menyusahkan UMNO dan Barisan Nasional yang sehingga kini masih lagi leka dan seolah-olah tidak dapat memikirkan kaedah terbaik untuk memantapkan parti selain terus bersikap retorik dan sambil lewa seperti sekarang.

Dalam keadaan sekarang di mana DAP menggunakan masa selama tiga tahun ini dengan sebaik-baiknya untuk menambah keahlian baru di kalangan ahli-ahli Melayu muda, sudah sepatutnya para pemikir di dalam UMNO dan Barisan Nasional mula mengorak langkah mencari jalan untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya memantapkan sokongan kepada parti. Corak dan kaedah politik yang diamalkan oleh Barisan Nasional sekarang ini, sudah jauh ketinggalan. UMNO dan Barisan Nasional perlu berpolitik secara aktif agar DAP tidak menukar catatan sejarah tentang 13 Mei 1969 dengan menyalahkan UMNO seperti yang dilakukan oleh penulis mereka, Kua Kia Soong memandangkan sejarah ditulis oleh pihak yang menang.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Insiden Pulau Mabul : Polis Wajar Siasat Guan Eng, Mungkin Jadi Talibarut

14 Julai 2014

IMG-20140713-WA0012

MEMBACA kenyataan Guan Eng yang mengaitkan rasa hormat pengganas Filipina dengan Perdana Menteri dalam insiden berbalas tembakan di Pulau Mabul kelmarin, penulis sebetulnya tak tahu nak beri reaksi yang macam mana atas kenyataan tersebut.

Kalau ‘bodoh’ itu boleh dikatakan satu reaksi, maka penulis pilih yang itu.

Sebab nampak sangat Guan Eng bercakap macam orang takde otak.  Pertama, dengan apa hal pulak pengganas dari Filipina nak hormat pada Perdana Menteri negara kita?  Kedua, apa kaitan hormat dalam insiden ni?  Dah nama pun pengganas, apa kira hormat, menghina, baling kasut dan sebagainya?

Apa yang berlaku di Pulau Mabul ini adalah satu insiden yang menggugat kedaulatan negara.  Rasa hormat kepada Perdana Menteri seperti yang disebutkan Guan Eng, tidak ada kaitan langsung dengan insiden tersebut.

Menteri Dalam Negeri sendiri percaya insiden ini ada kaitan dengan kejayaan pasukan keselamatan Malaysia menyelamatkan seorang Pengurus kolam ikan sangkar yang diculik pengganas tersebut beberapa bulan lepas.

Kalau Guan Eng ada maklumat yang lain dari itu, bekerjasama dengan pihak polis, bukan buat kenyataan yang hanya menunjukkan diri tu kurang cerdik.

Bagaimanapun, untuk berlaku adil kepada Guan Eng, mintalah mana balaci pembangkang untuk jelaskan disini logik disebalik kenyataan Guan Eng itu sebab penulis dan ramai lagi orang di luar ni tak faham.

Sementara itu, mana rakyat Sabah yang mengundi DAP dulu, sila tengok balik kenyataan Guan Eng ini.  Jelasnya, semua benda pun Guan Eng nak politikkan waima dalam hal yang menyentuh keselamatan negara, apatah lagi ada anggota polis yang terkorban dan hilang dalam insiden Sabtu lepas.

Nampak sangat tak sensitif dengan kejadian yang berlaku.

Bagi rakyat Malaysia yang lain, penulis cuma nak kata, inilah dia yang kononnya nak menjadi pemimpin negara.  Cakap hanya ikut kepala lututnya saja, bukan guna akal.

Dalam masa yang sama penulis berharap Guan Eng disiasat polis lanjutan dari kenyataan itu.  Penulis tak kata Guan Eng talibarut pengganas Sulu Filipina, tapi nampak macam dia tak peduli kedaulatan negara ini kena ceroboh dan nyawa anggota polis yang melayang.

Selain itu, kenyataan Guan Eng ini boleh juga diumpamakan seperti merestui pencerobohan tersebut sebab sebagai rakyat Malaysia (bukan rakyat China), dia seharusnya utamakan negara ini, bukan jadikan insiden tersebut untuk serang Perdana Menteri dan perlekeh nyawa polis yang terkorban.

Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, July 09, 2014

Kemelut MB Selangor, Tiba-Tiba Azmin Bersuara !!

9 Julai 2014 

khalid-azmin
BANYAK hal berlaku dalam PKR kebelakangan ini, hampir semuanya dikaitkan dengan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.   Antara paling menonjol, salah laku dalam pemilihan, insiden pecah kepala, blackout dan sebagainya.

Tapi, walaupun begitu, Ahli Parlimen Gombak ini ambil sikap kunci mulut, macam takde apa yang berlaku.

Sebaliknya, dalam kecoh-kecoh Khalid Ibrahim nak disepak keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Azmin buka mulut, minta semua pihak agar berhenti membuat spekulasi tentang perkara tersebut dan menumpukan kepada pembangunan negeri!!

Menariknya, entah siapa yang Azmin minta berhenti buat spekulasi sebab setahu kitalah, semua kekecohan ini berasal dari Pakatan juga. Lepas sorang, sorang pemimpin PAS, DAP dan PKR buat kenyataan hentam Khalid secara terbuka, antaranya Khalid Samad, Tony Pua dan Rafizi Ramli – termasuk minta Khalid letak jawatan secara terang-terangan.

Apa pun, yang menjadi musykil di kepala sekarang kenapa dalam hal ini Azmin bersuara?  Adakah soal Khalid nak kena letak jawatan ini sudah semakin hampir menjadi kenyataan atau dalang disebalik semua ini (iaitu dia sendiri) semakin hampir didedahkan?

Maka itu awal-awal buat kenyataan selamat diri sendiri dulu.

Tapi bagi yang sangka dengan ‘nasihat’ Azmin ini polemik berkaitan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan terhenti, boleh lupakan saja.  Penulis berani katakan, polemik ini akan semakin berpanjangan selepas ini.

Sebab kita tahu Khalid Ibrahim sedang atur serangan balas.  Ikut laporan, Khalid sedang melihat kepada beberapa GLC milik kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh/atau orang yang ada hubungkait dengan Azmin – sama ada dari segi kakitangan atau kontraktor yang ada kaitan dengan GLC terbabit.

Ikut sumber, inilah orang-orang sama yang Khalid percaya menguatkan kedudukan Azmin di Selangor hari ini baik dari segi pengaruh mahupun kewangan –  walaupun tanpa sebarang jawatan rasmi dengan kerajaan negeri.

Bila orang-orang ini disentuh, disitulah kebarangkalian nama Azmin terdedah.  Sebab itulah awal-awal buat kenyataan selamat diri dulu.

Apa pun, dalam polemik ini, rakyatlah paling terkesan.  Sementara 2 ekor ini bergaduh, krisis air di negeri tersebut semakin tidak dapat dielakkan kerana tidak ada siapa yang nak ambil tanggungjawab.  Silap-silap, sembahyang raya tahun ini guna tayamum saja.

Undilah lagi.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

"The Edge" Salah Lapor, Ada Pula Yang "Menangguk Di Air Yang Keruh"?

8 Julai 2014 - Sebetulnya di mana-mana bulan sekali pun, seluruh umat Islam di dunia sewajarnya menghindari diri dari memfitnah atau perkara-perkara yang melibatkan syubhah. Apatah lagi di bulan Ramadhan, kita sewajarnya menjaga diri dari melakukan dosa seperti itu, bukan?Selain dari melaporkan kebenaran, etika kewartawanan juga perlu dijaga.

Namun, lain pula dengan akhbar “The Edge Malaysia” dan seorang blogger tersohor berbahasa Inggeris yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang disifatkan tidak tepat. Tidak perlulah dinyatakan blog yang mana, perlu juga dijaga aibnya di khalayak ramai.

“The Edge” secara tiba-tiba telah menyiarkan sebuah artikel tentang sebuah syarikat GLC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Khazanah Nasional Bhd, kononnya syarikat berkepentingan kerajaan itu akan membeli kepentingan pelabur Timur Tengah dalam empat syarikat.

Khazanah dituduh akan membeli kepentingan dalam empat syarikat itu termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan nilai pembelian RM3 bilion, hanya berdasarkan sumber tidak rasmi atau lebih layak disifatkan sebagai “cakap-cakap kedai kopi”.

Lebih memburukkan keadaan, artikel “The Edge” tersebut telah dijadikan bahan rujukan blogger berkenaan untuk menghina pengurusan tertinggi syarikat GLC itu dengan pelbagai gelaran yang menghina dan tidak sedap didengar.

Saya tidaklah mengatakan diri saya sempurna. Namun saya cuba perbaiki diri saya untuk tidak menggunakan kata-kata kesat dari masa ke masa memandangkan tindakan sebegitu tidak dianjurkan Islam dan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang dihina.
Khazanah PC Iskandar Msia
Apa yang boleh kita peroleh dengan menggelar orang lain sebagai “monkeys” selain dosa percuma? Sebagai blogger berpengaruh, blogger tersebut sewajarnya menunjukkan contoh yang baik untuk diikut oleh penulis-penulis seperti saya, bukan?

Khazanah dalam kenyataannya yang terkini telah menegaskan bahawa segala fakta dan dakwaan “The Edge” itu tidak tepat dan salah. Malah maklumat dari “sumber” tersebut dikatakan sudah lapok!

Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas dalam kenyataannya yang hari ini disiarkan oleh “The Edge” menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disampaikan “sumber” itu sekaligus menjadikan tohmahan yang dilemparkan itu seolah-olah layak dikategorikan sebagai fitnah.

Mungkin atas rasa bersalah, “The Edge” menyiarkan penafian tersebut sebagai timbal balas pada kesilapan dari sudut etika kewartawanan khususnya melibatkan sebuah GLC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Persoalannya, sanggupkah blogger yang menyifatkan Khazanah sebagai “cacat”, “dungu” dan menggelar mereka sebagai “monyet” itu menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ketelanjurannya menghina mereka berdasarkan laporan yang tidak sah?

Atau beliau lebih memilih untuk meminta maaf sempena Hari Raya Aidilfitri nanti? Terserahlah, kerana saya lebih memilih untuk berlaku adil bagi semua pihak. Selamat menikmati Ramadhan dan marilah kita tingkatkan ibadah serta pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. Wallahu’alam…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

NGO Terbabit Setuju saranan Ku Nan Dalam Isu Gelandangan

8 Julai 2014

KENYATAAN MEDIA OLEH YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

“NGO BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA MENANGANI MASALAH GELANDANGAN DAN PENGEMIS DI KUALA LUMPUR”

Satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dengan semua NGO yang terlibat dengan aktiviti ‘Soup Kitchen’ pada hari ini. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu berkaitan golongan gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur. Sebanyak 12 NGO yang melaksanakan aktiviti ‘Soup Kitchen’ termasuk NGO-NGO yang berminat untuk membantu kementerian dalam isu ini telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

Supaya kerajaan membanteras habis-habisan aktiviti sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah di kawasan ibukota.

Mengenai isu gelandangan, semua NGO yang menghadiri mesyuarat tersebut bersetuju untuk membantu dan akan bekerjasama dengan Kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu gelandangan dan pengemis.

Memperbetulkan persepsi bahawa kerajaan tidak membenarkan langsung NGO-NGO memberi makanan kepada golongan gelandangan. NGO-NGO tersebut masih boleh meneruskan agihan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan dalam kawasan 2 km radius di ibu kota. Bagi yang mempunyai premis yang sesuai seperti di rumah-rumah ibadat dan di dalam bangunan sendiri, adalah dibenarkan walaupun dalam lingkungan 2 km radius. NGO-NGO ini disarankan beroperasi seperti konsep Anjung Singgah.

Bersetuju dengan cadangan permohonan NGO-NGO terlibat untuk melanjutkan tempoh memberi makan kepada golongan gelandangan di dalam kawasan ibukota selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri. Dalam hal ini kementerian menetapkan tarikh penguatkuasaan baru adalah pada 16 Ogos 2014.

Satu sesi town hall bersama golongan gelandangan dan pengemis akan diadakan dalam waktu terdekat untuk mendengar keluhan mereka dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Bekerjasama rapat dengan semua NGO-NGO yang terlibat dan menjadikan mereka sebagai program partners bagi membantu golongan gelandangan.

Mengenalpasti beberapa premis sedia ada yang digunakan oleh NGO-NGO terlibat untuk dijadikan sebagai premis angkat yang berkonsepkan ‘Anjung Singgah’ kepada golongan gelandangan.

Bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO berkaitan untuk memperincikan proses pengedaran makanan kepada golongan gelandangan dan mencari jalan terbaik bagi membantu golongan tersebut.

Mesyuarat yang diadakan pada hari ini telah mencapai satu kata sepakat antara kementerian, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO terlibat untuk bersama-sama merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur yang telah berlanjutan sekian lama.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
8 Julai 2014

Azmin Selesa di Hadapan, Khalid Makin Tertekan

9 Julai 2014 - Sudah kelihatan tanda-tanda kemungkinan besar Azmin Ali selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR akan mengekalkan kedudukannya setelah keputusan rasmi Pemilihan PKR 2014 jelas menunjukkan anak didik Anwar Ibrahim itu sedang selesa di hadapan berbanding dua pencabarnya yang lain.

Mengikut keputusan yang dipaparkan menerusi laman rasmi parti itu, undi yang diperolehi Azmin tika ini berjumlah 21,066 undi diikuti oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan perolehan 17,608 undi sementara Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula sekadar meraih 9,944 undi.

Dengan kelebihan 3,458 undi majoriti berbanding Khalid yang merupakan pencabar utamanya, kelihatan Azmin sudah boleh tersenyum lebar memandangkan baki 7 lagi Cabang PKR yang belum mengundi atau belum disahkan undinya dijangkakan tidak akan banyak mengubah keputusan tersebut melainkan ada keajaiban yang berlaku.

Keputusan rasmi yang bersandarkan pada jumlah perolehan undi yang sah dikira sehingga 28 Jun 2014 itu bagaimanapun agak bertentangan dengan perkhabaran yang diuar-uarkan oleh kem Khalid sebelum ini yang mendakwa MB Selangor itu sedang mendahului dengan kelebihan 700 undi majoriti.

Entah apa puncanya yang menyebabkan kiraan undi oleh kem Khalid bercanggah dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Pusat sukar dijelaskan, tetapi ini bukan kali pertama kem Khalid menyebarkan jumlah kiraan undi yang tidak menepati keputusan sebenar.

Percanggahan ini boleh diandaikan kemungkinan kiraan undi oleh kem Khalid adalah tepat tetapi wujud unsur sabotaj semasa penjumlahan undi yang rasmi oleh pihak tertentu, atau ia sebenarnya mendedahkan Khalid sedang tertekan memaksa penyokongnya menyebarkan propaganda untuk menimbulkan keraguan terhadap keputusan rasmi pemilihan.

Mana-mana satu andaian di atas yang mana satu benar dan yang mana satu tidak, ia tetap menuntut penjelasan kukuh dari PKR. Satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan sesiapa, Pemilihan PKR 2014 sememangnya terlalu haru biru dan banyak keraguan yang berlaku dan jarang-jarang wujud dalam pemilihan parti politik lain.

Apa pun, jika keputusan rasmi terbaru itu dijadikan sandaran tidak syak lagi ia hanya akan menambah tekanan kepada Khalid kerana seandainya ia berkekalan sedemikian, bermakna kedudukannya sebagai MB Selangor akan semakin tergugat dan akan timbul lebih banyak asakan mendesaknya melepaskan jawatan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Cina Gelarnya 'Tokong Siam', Melayu Gelarnya Penipu Yang Pandai Berlakon

9 Julai 2014

guan eng1
Figur politik yang paling menarik dari segi pembohongan, tipu perdaya, berlakon baik dan sentiasa mendabik dada kononnya dia terbaik di negara ini sebagai orang politik, selain Anwar Ibrahim adalah Lim Guan Eng. Lakonannya yang mantap sebagai seorang ketua pemimpin negeri, sentiasa menyembunyikan hakikat sebenar yang berlaku.


Sebaliknya dengan lakonan itulah, dia mendapat pujian dan sanjungan daripada mereka yang telah dibutakan mata, dihijab hati dan ditulikan telinga.
Kesemua penyokong Lim Guan Eng adalah penyokong DAP walaupun sebahagian daripada penyokong DAP terutama di Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Johor sentiasa mengatur rencana untuk menggulingkannya.

Semasa tahun pertama sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bantuan jentera propaganda dan publisitinya telah mempromosikan kejayaan demi kejayaannya menjadikan Pulau Pinang lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Lim Guan Eng kononnya telah menukarkan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang hidup tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat dengan kemasukan FDI yang sangat besar. Lim Guan Eng juga mempromosikan kebaikan hatinya dan dekatnya dia dengan umat Islam menerusi bantuan demi bantuan termasuklah kepada penghafaz al Quran yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan oleh para penyokong DAP untuk memomok-momokkan Barisan Nasional.

Namun, menjelang tahun kedua, segala pembohongan dan lakonannya tidak dapat menyembunyikan kebenaran. Laporan Ketua Audit Negara tentang prestasi dan kemajuan di Pulau Pinang, tidak dapat menyembunyikan bagaimana Lim Guan Eng menggunakan kepintaran Simpan Kira dan Prinsip Perakaunan untuk menukar kerugian supaya kelihatan seperti keuntungan.
guan eng


Banyak pendedahan tentang pembohongan Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah dibuat, termasuklah kegilaan Lim Guan Eng dan DAP untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang mempunyai kesan dan jejak Melayu-Islam di negeri tersebut. 

Kemelut tanah wakaf sehingga pernah dibawa ke mahkamah semata-mata untuk melayan nafsu Lim Guan Eng yang mahukan tanah-tanah wakaf tersebut menjadi tanah Kerajaan Negeri dan seterusnya dijual kepada pemaju-pemaju hartanah yang membangunkan hartanah bukan untuk orang Melayu dan bukan juga untuk orang tempatan.

Penggal kedua menyaksikan Lim Guan Eng dan DAP begitu tertekan meskipun mereka mengekalkan kemenangan besar di Pulau Pinang. Masalah kepimpinan yang melibatkan pendaftaran DAP, masih lagi menjadi bahan bualan di kalangan ahli-ahli bawahan DAP. Kebanyakan mereka melihat, Lim Guan Eng dan bapaya sengaja mencari jalan untuk menyah-daftarkan DAP sebagai sebuah parti siasah dan kemudian mewujudkan sebuah parti baru, mirip DAP tetapi lebih berpusat kepada seluruh keluarga Lim seperti yang berlaku kepada PKR yang dikuasai oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang menyedari keresahan serta tentangan dari dalam parti terhadap pentadbirannya, terpaksa mencari jalan untuk mengalihkan perhatian. Cubaannya dengan menggunakan kalimah ALLAH dan BIBLE berbahasa Melayu, tidak memberikan imej yang baik kepadanya, bahkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta DAP dilihat sebagai pencetus masalah kepada rakyat negara ini.

DAP menjadi dalang kepada pembantahan terhadap Lynas dan RAPID Pengerang, tetapi pada masa yang sama, cubaan Lim Guan Eng memburuk-burukkan negara di Hong Kong dan cubaan menghalang kemasukan pelabur Taiwan ke negara ini, khususnya Pengerang, sekali lagi memperlihatkan niat jahat DAP dan Lim Guan Eng.

Dek kerana itulah, sebelum lebih banyak pembohongan Lim Guan Eng didedahkan oleh media, dia cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada sesuatu yang lebih dekat dengan hati rakyat, terutama sekali orang Melayu dan Cina.
guan eng2
Jikalau di Sabah dan Sarawak, DAP menjadi dalang kepada cubaan mengeluarkan kedua-dua negeri dari Malaysia menerusi kerjasama dengan NGO-NGO tertentu, selain cuba menimbulkan ketegangan kaum dan agama menerusi kempen anti-Christ dan memartabatkan Katholik, isu 13 Mei 1969 merupakan sesuatu yang Lim Guan Eng perlu sentuh agar rakyat Malaysia boleh terus sibuk daripada melihat keburukan dan kelemahan DAP di Pulau Pinang.


Sampai bilakah Lim Guan Eng boleh terus bertahan dengan lakonan dan pembohongannya selama ini? 

Sampai bila Lim Guan Eng akan terus mencetuskan masalah dan tidak menyelesaikan masalah yang dia sendiri ciptakan?

Berdasarkan kepada keadaan di Pulau Pinang, rasa-rasanya sampai bila-bila!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Hantu 13 Mei 1969, Buatkan Keseluruhan DAP dan Lim Anak Beranak Jadi Gila !

9 Julai 2014
dap
Perkataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy sebenarnya mengundang malapetaka yang lebih besar sekiranya orang Melayu dan Islam memberikan reaksi yang tidak sepatutnya. Dalam keadaan di mana pemimpin politik seperti P.Ramasamy 
seharusnya memberikan sumbangan bagi mewujudkan kestabilan dan memupuk lagi semangat bersatu padu di kalangan masyarakat negara ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu mengambil pendekatan sebaliknya.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat lepas yang mengingatkan masyarakat bahawa Tragedi 13 Mei 1969 mungkin akan berulang sekiranya masyarakat tidak bekerjasama mewujudkan kestabilan, tidak saling cuba memahami dan menghormati, sentiasa bersedia mencetuskan sesuatu yang sensitif dan tidak belajar daripada kesilapan silam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yasin adalah kenyataan biasa. Namun DAP yang sangat sensitif dengan perkataan ’13 MEI 1969’ segera memutarbelitkan kenyataan berkenaan. DAP menerusi Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng melihat ini adalah peluang untuk membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa keseluruhan orang Melayu adalah tidak waras, haus darah dna suka bercakap besar tentang pertumpahan darah.

Daripada ingatan biasa, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang telah menukarkan kenyataan tersebut sebagai satu petunjuk bahawa UMNO bersedia mencetuskan semula Tragedi 13 Mei 1969 yang baru demi meraih sokongan serta memberikan ancaman kepada orang Cina di negara ini.

Ditokok tambah pula oleh RSN Rayer, ADUN Seri Delima yang dendamnya kepada Melayu-Islam tidak pernah terpadam atas sebab yang hanya dia sahaja yang tahu, P.Ramasamy yang merupakan salah seorang yang dilantik oleh kumpulan pengganas Tamil Eelam (Harimau Tamil) sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan kumpulan pengganas tersebut pada tahun 2003, sentiasa mencari fasal agar orang Melayu-Islam memberikan reaksi ganas ke atas provokasi-provokasi yang mereka lakukan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sebenarnya mengundang perkara yang lebih besar, tidak sekadar persaingan antara parti-parti politik di negara ini untuk mendapatkan sokongan daripada para pengundi.

P.Ramasamy sebenarnya sedang mengundang pertumpahan darah sekaligus membenarkan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa 13 Mei 1969 akan berulang sekiranya ada rakyat Malaysia yang sangat gemar mencetuskan konflik dan melakukan provokasi kaum serta agama.

Namun agak menarik sebenarnya untuk melihat bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Tidak terkecuali juga DAP.

PRU-3 pada 10 Mei 1969 bermula dengan kempen selama 21 hari. Dalam rapat-rapat umum yang diadakan di seluruh negara, terutama sekali di bandar-bandar, Lim Kit Siang yang sebelum itu merupakan Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew sebelum PAP, Lee Kuan Yew dan Singapura ditendang keluar dari Malaysia pada tahun 1969 selepas Lee Kuan Yew mencetuskan masalah di Malaysia menerusi kempen Malaysian Malaysia dan keganasan kaum di Singapura pada 1964 yang menyaksikan orang Melayu dihalau beramai-ramai keluar dari kampung mereka.

Selama 21 hari itulah, Lim Kit Siang dan rakan-rakan DAPnya serta dibantu oleh chauvinist-chauvinist yang lain, termasuklah dari MCA dan GERAKAN yang pada ketika itu merupakan parti pembangkang melakukan kerja-kerja menghasut, memanaskan rakyat dengan isu-isu kaum, agama dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera. Dan selama dalam tempoh itulah juga, Lim Kit Siang serta konco-konconya mempertikaikan segala-galanya di negara ini dalam apa yang mereka katakan, AGAINST THE WRONGDOINGS OF GOVERNMENT – prinsip sama yang mereka timbulkan sekarang ini dalam penentangan teradap UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila perarakan pada petang 10 Mei 1969 semakin hangat dan apabila pengumuman bahawa DAP telah memenangi kerusi-kerusi bandaran, Lim Kit Siang segera melarikan diri ke Melaka kerana dia sudah mendapat tahu bahawa seorang pekerja Perikatan bernama Encik Mohd Yusuf telah dibunuh dan disimbah cat merah serta ditulis perkataan keji pada badan jenazahnya di Pulau Pinang.

11 Mei, keadaan semakin memburuk apabila orang-orang Cina mulai mengarakkan mayat seorang lelaki Cina yang dikatakan telah dibunuh oleh orang Melayu dari Jinjang walaupun sebenarnya dia mati kerana sakit tua.

Dan selebihnya adalah catatan sejarah.

DAP selepas perolehan besar pada tahun 2008 dan mengaut majoriti undi terbanyak pada beberapa kerusi Parlimen dan DUN tahun 2013, semakin kerap bermain-main dengan permainan tahun 1969. Mendalangi polemik isu kalimah ALLAH, BIBLE Bahasa Melayu, dan sebagainya, DAP yang kini berada di bawah kepimpinan Lim Guan Eng, tidak banyak bezanya dengan DAP pimpinan Lim Kit Siang pada tahun 1969.

Justeru itulah, mengapa DAP begitu melenting apabila Muhyiddin Yassin menceritakan elemen-elemen yang boleh mencetuskan tragedi perkauman dan keagamaan di negara ini biarpun tanpa menyebut tarikh spesifik. Kegilaan DAP mencetuskan peperangan di negara ini, sudah sampai ke tahap kronik.

Dan ini dapat dibuktikan menerusi respons yang diberikan oleh P.Ramasamy yang mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan pengganas, Tamil Eelam!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Buat Lim Guan Eng : "Bela Panda Lebih Baik Daripada Bela.. ???"

7 Julai 2014

panda vs babi
Minggu lepas penulis ada melontarkan sikap pemimpin dan penyokong PR yang sangat berat sebelah tentang sesuatu isu. Meskipun bertopengkan badan bukan kerajaan, niat dan kudrat mereka bukanlah rahsia.

Sehingga kini, tidak kedengaran lagi sebarang rancangan atau gerakan untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah kewujudan ladang peliharaan babi yang telah terbukti menjadi punca kehilangan nyawa. Agak menghairankan, kerana LYNAS yang belum mengorbankan nyawa pun telah mereka tentang habis-habisan di seluruh negara.

Allah maha besar dan maha mengetahui, bukan sahaja telah memberi amaran kepada manusia bahawa babi itu haram, malah pada atas bala yang menimpa ini, dibuktikan pula jenis manusia yang gerombolannya menentang isu Lynas kononnya berbahaya kepada kehidupan manusia, tetapi senyap dalam isu kandang babi ini.

Bukankah sebelum ini, nyawa yang menjadi keutamaan?

Lebih malang, ladang-ladang ternakan najis mughallazah sangat hampir lokasi dengan kampung-kampung Melayu. Apa motif sebenar kerajaan negeri meluluskan pembinaan ladang berkenaan?

lim Lynas
Pada Mac 2012, Lim Guan Eng pernah membuat kenyataan agar Perdana Menteri menutup kilang Lynas jika dibuktikan secara saintifik bahawa Lynas berbahaya kepada manusia. Dua tahun berlalu, tiada kematian, atau mangsa dari Lynas. Apakah atas dasar pembuktian saintifik, Lim Guan Eng berani untuk menutup kandang-kandang babi di Pulau Pinang? Jangankan bukti saintifik, malah kandang tersebutlah menjadi punca kepada virus JE yang kemudiaan meragut nyawa manusia.

Apa lagi yang Lim Guan Eng perlukan untuk kandang babi tersebut ditutup?

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng, pada Jun 2013 adalah antara ahli politik yang terawal cuba untuk mensensasikan isu panda. Dalam satu artikel di portal milik DAP, Lim Guan Eng cuba menghasut rakyat kononnya pemimpin BN lebih mengutamakan panda berbanding kesihatan rakyat, hanya kerana Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar hadir di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) membawa masuk 2 ekor panda ke Malaysia.

lim panda
Dengan apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, apakah salah dan berdosa untuk penulis katakan bahawa Lim Guan Eng mengutamakan babi berbanding nyawa manusia?

Mengambil iktibar yang berlaku di negeri Sembilan sebelum ini, adalah lebih baik Lim Guan Eng mengarahkan agar kandang-kandang tersebut dibakar demi nyawa manusia. Beranikah Lim Guan Eng berbuat demikian?

Tidak kurang juga kepada mereka yang menentang idea membawa masuk Panda dengan alasan merugikan wang rakyat. Kalau benar berprinsip, segeralah desak agar kandang-kandang babi dimusnahkan kerana ia bukan sekadar melibatkan wang rakyat, ia melibatkan nyawa rakyat.

Tanya pada mereka, sanggup atau tidak bina rumah di sebelah kandang-kandang babi itu?
Lebih baik bela Panda, dari bela …. ???

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Khalid Ibrahim Mengadap Tuanku Sultan Selangor Hari Ini?

AnwarrenungKhalid

7 Julai 2014 - Angin menderu bak beliung dari tengah malam tadi, akan tergelincirnya si Bendahara dari kerusi empuk Darul Ehsan. Ada pun yang percaya ianya tidak ubah khabar angin semata, namun pokok itu bergoyang dengan sangat kerap, dan geloranya sudah kelihatan sejak beberapa purnama yang lalu. Saat ini, getaran berskala besar pada pokok tidak mungkin boleh disembunyikan lagi.

Pro Khalid Ibrahim kini jelas sangat terkesan dan marah dengan apa yang sedang berlaku ketika ini. Mereka berhak untuk marah, kerana dalam status Khalid Ibrahim masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, sudah disebar luas tarikh perletakan jawatan beserta majlis rasmi berkaitannya! Dan sebaran ini bukanlah datang dari Khalid Ibrahim atau penyokongnya sendiri!

Antara watak-watak yang dikhabarkan berperanan besar dalam ini filem adalah Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Suhaimi Shafie (ADUN Sri Muda), Shamsul Iskandar (Ahli Parlimen Bukit Katil) dan Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat).

Namun, penulis merasakan tidak semudah itu untuk Khalid Ibrahim berundur demi maruahnya yang telah dirobek berkali-kali oleh sekutunya sendiri sebelum ini. Khalid juga punya maruah, dan apa yang kita ketahui berkenaan kritikan-kritikan pedas dari kem Khalid ke pucuk pimpinan PKR membuktikan tidak tertanggung lagi amarah dek permainan politik dalam sesama sendiri.

Diberitakan oleh seorang sahabat, bahawa Khalid Ibrahim berkemungkinan mengadap Tuanku Sultan Selangor pada hari ini berhubung perletakkan jawatannya selaku Menteri Besar. Apakah berita ini benar?

Apakah Khalid Ibrahim ingin mengundur diri selaku Menteri Besar Selangor? atau
Apakah dia ingin mengundur sebagai MB, tetapi mengekalkan jawatannya selaku ADUN Pelabuhan Klang? Itupun kalau dia mampu menahan malu di sidang DUN nanti; atau

Menzahirkan slogan PR iaitu merakyatkan segalanya, dengan memberi cadangan tarikh PEMBUBARAN DUN SELANGOR agar terpulang kepada rakyat untuk menilai dan memilih semula pada Pilihanraya Kecil Negeri?

Semenjak malam tadi, penulis tidak putus-putus menerima mesej pertanyaan dari rakan-rakan berkenaan kesahihan perkara ini. Oleh itu, gaya artikel kali ini berbeza, bukan satu kenyataan, tetapi satu pertanyaan.

Siapa boleh beri kepastian terhadap persoalan di dalam artikel ini? Berikan komentar anda.

Dipetik daripada : www. mykmu. net