Tuesday, August 25, 2015
16 Maha"Sewel" Mahu Guling Najib Ditangkap Polis Di Hadapan Parlimen.. #langkahsiswa
Polis sebentar tadi telah bertindak menangkap sekumpulan pelajar yang
berkampung dihadapan bangunan Parlimen bagi tujuan mendesak Perdana
Menteri Malaysia meletakkan jawatan.
16 orang pelajar yang ditahan tersebut terdiri dari 13 lelaki dan tiga
wanita telah dibawa ke balai polis Jinjang selepas mereka diangkut
menggunakan "Black Maria" Polis.
Walaupun telah diberikan amaran dan diarahkan secara baik agar bersurai,
kumpulan pelajar berkenaan menunjukkan sikap kurang ajar apabila tidak
mengendahkan arahan pihak Polis dan mempertikaikan kuasa Polis untuk
menahan mereka.
Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata pihak Polis telah memberi
pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang
dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B
Kanun Keseksaan.
Terdapat beberapa pelajar yang enggan memberi kerjasama ketika ditahan
dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang
bertugas.
Sebelum ini, kumpulan berkenaan kononnya mahu menyelamatkan Malaysia
dari kerajaan yang didakwa sangat zalim dan menindas rakyat. Mereka
berikrar tidak akan berganjak dari bangunan Parlimen selagi Perdana
Menteri tidak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa pemerintahan
kepada pembangkang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment