Tuesday, August 25, 2015
PAS Tidak Hairan Walaupun Ramai Ahli Keluar Parti
Pas tidak menghadapi sebarang masalah walaupun diuji dengan kepimpinan
dan ahli di beberapa kawasan yang isytihar keluar parti bagi menyertai
parti Gerakan Harapan Baru (GHB).
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kekuatan Pas di
negeri yang diuji dengan ahli keluar parti bagi menyertai GHB sama
sekali akan lumpuh mahupun dibubar, malah ianya memberi lebih lagi
kekuatan kepada parti Islam itu.
Jelasnya, kekosongan jawatan yang dilepaskan itu bakal diisi dengan
pemimpin baru berdasarkan peraturan pentadbiran yang sedia ada.
"Bahkan kita mendapat maklum balas daripada pelbagai kalangan kemasukan
ahli baru berlipat kali ganda bukan sahaja menjadi ahli Pas bahkan
menjadi pemimpin kerana kita mempunyai barisan pelapis yang ramai," kata
Hadi.
Bagi Timbalan Murysidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan ahli yang
keluar parti Islam itu sebagai 'patah tumbuh hilang berganti'.
Ahmad Yakob berkata, Pas mempunyai kekuatan tersendiri dan positif
menerima apa sahaja keputusan walaupun keadaan banyak membayangkan Pas
semakin hilang 'isi'.
"Dalam isu keluar parti ini, macam 'patah tumbuh hilang berganti'.
Mungkin mereka itu pergi tapi ramai lagi yang datang. InsyAllah parti
tidak akan bermasalah tetapi serpihan memang bermasalah," kata Menteri
Besar Kelantan itu.
Menurut Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamad, peletakan dan
pengunduran beberapa ahli yang menyertai GHB memudahkan lagi urusan
parti Islam itu.
Mahfodz berkata, beliau amat gembira dengan berita mengenai penarikan
diri ahli Pas untuk menyertai GHB kerana mereka telah membebaskan
masalah yang dihadapi Pas selama ini.
"I'm very happy. Saya selesa apabila mereka letak jawatan kerana mereka
memang sudah tidak dapat menjalankan tugas. Elok sangatlah mereka letak
jawatan.
"Kita memang tunggu mereka letak jawatan. Banyak masalah dapat
diselesaikan kerana sejak Mei mereka tidak jalankan aktiviti kerana
menunggu penubuhan parti baru itu malah turut berkempen untuk parti
itu," kata Mahfodz.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment