Tuesday, August 04, 2015

1MDB: Arul Kanda Jawab 'Wayang' Rafizi... Rafizi Memang Kaki Kelentong

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MBD Arul Kanda mengatakan kenyataan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terhadap syarikat itu merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan 1MDB.

Ini berikutan tulisan terbaru Rafizi di blognya yang terus mempertikaikan ke mana dana 1MDB sedangkan ia telah diperjelaskan sebelum ini.

Menurut Arul, 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Rafizi menerusi blognya terus membangkitkan mengenai ke mana wang RM42 billion yang dipinjam oleh 1MDB.

"Ke manakah wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu telah diambil oleh individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?" antara soalan Ahli parlimen Pandan itu dalam tulisannya pada Isnin.

Bagaimanapun jelas Arul, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.

"Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti," ujarnya.

Katanya lagi, 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Berdasarkan carta disertakan bersama kenyataan rasmi Arul, RM18 bilion sudah dibelanjakan untuk pembelian IPP manakala RM15.4 bilion dilaburkan ke dalam dana saham seperti Brazen Sky dan Aabar Investments.

Selepas mengambil kira sebanyak RM5.8 bilion dalam perbelanjaan wang dan RM1.7 bilion dalam kos tanah, 1MDB sekarang mempunya RM900 juta lebihan tunai.

Daripada RM18 bilion yang dibelanjakan untuk sektor IPP, RM8.5 bilion dibelanjakan untuk pembelian Powertek, RM2.3 bilion bagi Loji Kuasa Kuala Langat, RM1.2 bilion bagi loji kuasa Jimah dan 1MDB menanggung sejumlah RM6 bilion hutang sedia ada.

1MDB juga membayar sebanyak RM6.1 bilion bagi pelaburannya dalam saham Brazen Sky, RM4.2 bilion dana pelaburan Aabar Investment dan RM5.1 bilion lagi kepada 1MDB Gil Fund.

1MDB membayar RM200 juta untuk pemilikan tanah TRX, RM400 juta bagi pembangunan Bandar Malaysia dan RM1.1 bilion lagi untuk pembelian sebidang tanah di Air Itam, Pulau Pinang.

Kira-kira RM4.5 bilion dibelanjakan untuk menanggung kos pentadbiran dan gaji pekerja, RM900 juta untuk kos pertukaran asing manakala RM400 juta lagi digunakan membayar cukai.

Jabatan Audit Negara sebelum ini dalam laporan awalnya berkata mereka tidak menemui sebarang salah laku dalam pelaburan 1MDB. Laporan lengkap mengenai 1MDB dijangka siap penghujung tahun ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment