
Monday, August 03, 2015
1MDB Janji Beri Kerjasama Kepada PAC
Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia
Development Bhd. (1MDB) akan memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk meneruskan siasatan mengenai
syarikat itu.

1MDB dalam satu kenyataan memberitahu, PAC merupakan pihak berkuasa
sah serta saluran daripada pihak yang betul untuk meminta jawapan dan
penjelasan kepada syarikat pelaburan itu.
“Kami amat yakin melalui jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai
parti politik itu memberi peluang yang adil kepada 1MDB untuk
menjelaskan kedudukan syarikat mengikut permintaan, berdasarkan proses
siasatan,” katanya di sini hari ini.
Tambah 1MDB, hari ini juga pihaknya menerima notis rasmi daripada
Dewan Rakyat atau Setiausaha PAC menerusi Kementerian Kewangan
memberitahu pendengaran bagi proses siasatan 1MDB yang dijadualkan pada
4,5,6,17 dan 18 Ogos ini serta 8 dan 10 September ini ditunda kepada
satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment