Monday, August 03, 2015
Akaun Perdana Menteri, Dana Politik Dan Konspirasi
1. Apabila Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan
nombor akaun peribadi milik Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang
kononnya menerima USD 700 juta dari 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB), Mohd Najib menafikannya.
2. Mohd Najib menyatakan beliau tidak pernah mengambil sebarang dana dari 1MDB untuk kepentingan peribadinya.
3. Mohd Najib tidak pernah menyatakan akaun-akaun tersebut bukan
miliknya. Beliau tidak boleh menafikan atau mengiyakan langsung tuduhan
tersebut kerana beliau sendiri tidak pasti berapa yang dimasukkan dalam
akaun-akaun tersebut yang digunakan untuk tujuan politik.
4. Apa yang beliau tahu ialah kewujudan akaun-akaun tersebut telah dimaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.
5. Justeru apabila timbul tuduhan ada dana dalam akaun tersebut
datang dari sumber 1MDB beliau tidak boleh menafikan terus. Ini kerana
beliau sendiri tidak pasti jika ada pihak sengaja memerangkapnya. Apa
yang beliau boleh katakan ialah beliau tidak menggunakan wang 1MDB untuk
kepentingan peribadinya.
6. Beliau meminta satu Task Force ditubuhkan untuk menyiasat sama ada
dana politik tersebut datang dari 1MDB. Siasatan SPRM hari ini
mendapati tiada wang dari 1MDB yang masuk ke dalam akaun-akaun ini.
7. Sebenarnya siapa yang mendedahkan nombor-nombor akaun ini? Selain
“pasukan” Presiden UMNO, hanya ada dua pihak yang mempunyai maklumat ini
iaitu Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara. Dua pihak ini yang Perdana
Menteri minta nasihat dan maklumkan kewujudan dana ini.
8. Siasatan sudah menjurus kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara,
namun belum lagi Bank Negara. Jika benar telahan ini, Bank Negara adalah
pihak terakhir yang akan disiasat kerana Polis percaya kebocoran dan
penipuan ini berpunca dari sana.
9. Pada masa ini polis dalam keadaan menyingkirkan mana-mana suspek yang tidak relevan sebelum menumpukan kepada suspek sebenar.
10. Mengapa ini satu konpsirasi? Ia satu konspirasi kerana ada pihak
sengaja mendedahkan butiran akaun tersebut dengan tujuan menjatuhkan
Perdana Menteri walaupun Mohd Najib dengan sukarela memaklumkan
kewujudan akaun-akaun ini semasa dibuka.
11. Mengapa Mohd Najib tidak mengisytiharkan? Pada 2009, Mohd Najib
telah mencadangkan agar semua parti politik mengisytiharkan penyumbang
dana politik masing-masing. Namun DAP telah menolak cadangan ini.
12. Apakah adil Mohd Najib mendedahkan penderma tabung politik UMNO sedangkan parti lain tidak melakukan.
13. Ke mana wang tersebut pergi? Ini adalah tanggungjawab dan tugas
Majlis Tertinggi UMNO menentukan sama ada mereka berpuas hati atau tidak
bahawa wang tersebut dibelanjakan untuk kepentingan politik parti.
14. Namun jika dilihat komentar Tun Mahathir Mohamad bahawa Najib
membelanjakan wang begitu banyak dan luar biasa dalam pilihan raya lalu,
maka jelaslan wang tersebut telah dibelanjakan dengan begitu baik
sekali.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment