Thursday, August 06, 2015
Ada Saja Orang Buat Mulut Jahat....Tiada 'Tangan Ghaib' Arah Siasat SPRM - Bukit Aman
KUALA LUMPUR : Bukit Aman menyangkal dakwaan adanya 'tangan ghaib' yang
terbabit dalam siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata,
fokus pihaknya adalah berkaitan dakwaan kebocoran maklumat yang
melanggar satu seksyen mengikut Akta Institusi Kewangan dan Perbankan
(Bafia).
"SPRM boleh dan akan meneruskan siasatan mereka.
"Kami tidak mengganggu siasatan yang mereka jalankan," katanya kepada
pemberita di Bukit Aman di sini ketika lawatan Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Anak Kujat.
Noor Rashid mengulas penahanan beberapa pegawai SPRM dan serbuan di pejabat suruhanjaya itu sejak minggu lalu.
Susulan penahanan itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahari
Mohammad Zin berkata, pihak polis tidak akan bertindak sedemikian
kecuali adanya 'tangan ghaib' yang mengarahkan mereka berbuat demikian.
Noor Rashid berkata, polis bukan sahaja menyiasat kebocoran maklumat
berkaitan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, tetapi juga maklumat berkaitan data perbankan yang
menyalahi Bafia.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut fakta dan jika ia
memberi petunjuk kepada Bank Negara atau pihak bank pihaknya akan
menyiasat pihak berkenaan juga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment