Thursday, August 06, 2015
Rekod Selenggaraan MAS Sahkan Serpihan Sayap MH370
Keputusan Malaysia mengumumkan bahawa serpihan kepak pesawat yang
ditemui di Pulau Reunion milik MH370 adalah berdasarkan tanda
selengaraan (maintenance seal) adanya yang sama dengan rekod MAS.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan tanda
selenggaran berkenaan disahkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam , MAS
dan pasukan penyiasat.
"Pasukan kita mempunyai rekod sendiri. Rekod selenggaraan MAS mengesahkan serpihan itu milik MAS," katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, pada Khamis.
"Seal" di serpihan kepak sayap itu telah dikenalpasti oleh pakar
selenggara MAS. Yang lebih penting ialah warnanya. Ia disokong oleh
beberapa butiran teknikal," katanya ketika menjawab soalan pemberita.
Soalan itu dibangkitkan berikutan laporan media luar negara bahawa pihak
Perancis masih belum mengesahkannya kerana mahu menyiasat lanjut.
"Pasukan pakar kita di Toulouse telah mengesahkam bahawa serpihan yang
dijumpa sememangnya dari MH370. Kesimpulan ini dibuat kerana butir-butir
teknikal kepak sayap itu sepadan dengan rekod MAS.
"Saya menghargai sokongan pihak berkuasa Perancis dan keputusan pihak di
sana mahu meneruskan proses pengesahan dan melakukan ujian tambahan.
"Serpihan ditemui di sebuah pulau di bawah bidang kuasa mereka. Maka
mereka mempunyai hak. Kita hormati undang-undang mereka. Kita juga
menghormati keputusan pihak berkuasa Perancis untuk meneruskan proses
ujian dan pengesahan," tambahnya.
Liow berkata beliau faham bahawa penderitaan dan kesedihan keluarga
mangsa selama setahun setengah itu tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata.
"Tanpa bukti, ianya sangat mencabar. Tetapi kini kita sudah ada bukti
fizikal yang membantu kita mencari kebenaran dan penutup," katanya lagi.
Menurut Liow lokasi penemuan serpihan kepak pesawat MH370 itu adalah
konsisten dengan analisis corak arus yang dibuat oleh pakar-pakar dari
The Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation of
Australia.
Katanya penemuan serpihan itu memberikannya keyakinan bahawa MH370 akan dapat ditemui dalam masa terdekat.
"Kita telahpun menjalankan misi pencarian MH370 sejak awal lagi hingga
sekarang. Kita telahpun menjalankan pencarian seluas 60ribu kilometer
persegi di kawasan dekat dengan perairan Lautan Hindi dan kita telahpun
masuk ke fasa kedua seluas 60ribu kilometer persegi lagi.
"Australia juga telah melaporkan bahawa corak arus yang ada dalam Lautan
Hindi Selatan ini memungkinkan kepak sayap ini dibawa ke kawasan Pulau
Reunion.
"Oleh yang demikian kita yakin bahawa memang MH370 hala tujunya adalah
ke Lautan Hindi Selatan dan sekarang kita telah menemui sebahagian
daripada bangkai pesawat itu. Kita akan berbincang selanjutnya sama ada
akan terus mencari di kawasan sedia ada atau kita perlu membuat
pencarian ke kawasan yang lain.
"Ini semua bergantung kepada cadangan daripada pasukan pakar yang menyiasat daripada awal lagi," katanya.
Liow berkata, Australia, Cina dan Malaysia akan mengadakan mesyuarat
peringkat menteri untuk membincangkan langkah seterusnya sesegera
mungkin.
"Saya telahpun menelefon Menteri Pengangkutan China dan kita telah
bincangkan untuk memilih tarikh secepat mungkin untuk tiga pihak bertemu
dan bincangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Sementara itu kita
juga sedang menunggu pandangan pakar di kawasan pencarian," katanya.
Liow juga mengesahkan pertemuan beberapa lagi serpihan di Pulau Reunion
tetapi mengikut protokol negara itu, apa sahaja serpihan yang ditemui di
pulau berkenaan adalah dalam bidang kuasa mereka.
"Pihak berkuasa di sana akan menyerahkannya ke makmal untuk disahkan. Jadi, kita kena tunggu."
Menurut Liow lagi, China telah berjanji untuk menambah vessel yang baru untuk membantu misi pencarian.
"Pencarian sebelum ini sudah menjangkau 85 peratus dan dengan tambahan
60ribu kilometee persegi ini bermakna kita akan cover 95 peratus kawasan
pencarian. Baki lima peratus adalah keseluruhan Lautan Hindi. Jadi ia
bukan mudah.
"Pencarian ini akan terus berlangsung sehingga hujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment