Sunday, August 09, 2015
Adenan Tutup Mulut Tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak....KM memang Terbaik
KUCHING : Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem banyak bercakap mengenai
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kecuali satu soalan yang sentiasa
bermain di fikiran rakyat - bila ia akan dilaksanakan?
Sejak awal tahun ini Adenan berkata PRN yang perlu diadakan menjelang
Jun tahun depan boleh diadakan tidak lama lagi atau 'secepat mungkin'.
Ketika menghadiri hampir semua majlis hari raya, beliau mula 'berkempen'
dengan memberikan kenyataan yang sama iaitu: "Berikan saya lima tahun
lagi".
Pada majlis pengumuman jambatan baharu semalam, Adenan meminta pengundi untuk memberi mandat yang besar kepadanya.
Ini katanya akan meletakkan beliau dalam kedudukan yang lebih kukuh
untuk berunding dengan Kuala Lumpur mengenai perkara-perkara seperti
royalti minyak.
"Saya kata kepada Perdana Menteri supaya berikan kita lebih dalam bajet
akan datang," Adenan memberitahu kira-kira 3,000 orang yang hadir di
Bako, di mana kerajaan negeri membiayai jambatan bernilai RM53 juta itu.
"Dalam Bajet Oktober, kita mahu semua permintaan diluluskan. Tambah
lagi. Kita mahu menjadi setanding dengan semenanjung. Sudah pastinya
pada masa ini kita di belakang.
"Apa yang diberikan kepada mereka, kita mahu juga. Kita menyanyi
Negaraku sama. Tetapi anda perlu menyokong saya. Beri saya mandat
besar...jadi saya boleh berkata: "Saya bercakap bagi pihak rakyat
Sarawak. Lebih baik anda dengar permintaan saya."
Adenan berkata beliau melakukan banyak perkara dalam tempoh 15 bulan
sebagai Ketua Menteri, "jadi beri saya lima tahun lagi untuk lakukan
lebih banyak kerja".
Beliau berkata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut,
Dr Hazland Hipni yang sedang berkhidmat dalam penggal pertamanya akan
kekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment