Sunday, August 09, 2015

"UMNO Tak Akan Dibenarkan Terkubur Di Johor" - MB

JOHOR BARU : Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berikrar yang Umno Johor akan memastikan parti itu tidak akan sekali-kali terkubur di negeri ini, kerana ia dilahirkan di sini.

"Dalam setiap saraf dan titik darah di dalam batang tubuh kami di Johor, platletnya adalah Umno, dan DNAnya juga tanpa ragu adalah Umno dan selama ini pun Johor adalah benteng Umno yang paling kuat.

"Maka akan kami lakukan apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Presiden dalam memastikan Umno ini terus berkelangsungan," katanya dalam ucapan di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di Taman Mawar, dekat sini pada pagi Ahad.

Persidangan ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment