Sunday, August 09, 2015

Dilema isu PDRM VS SPRM… Dalam Memburu Tukang Bocor Maklumat.... Sepatutnya Ketua SPRM Harus Tak Boleh Dibiarkan Semuanya Ini...

Siapa yang nak buat kerja ini kalau bukan pihak polis? Mahu tidak mahu soalan ini perlu dijawab dicelah ‘keributan’ gerakan PDRM siasat cari orang yang bocor maklumat kerajaan dan perbankan sekarang.

Ini kerana kebetulan ia melibatkan SPRM.Juga kebetulan ia berlaku dalam situasi politik semasa dimana segala macam andaian sedang belegar.

Apa yang jelas di depan mata semua orang tahu memang berlaku kebocoran maklumat sensitif ditengah kehangatan isu 1MDB.Ini fakta bukan auta.

Sabtu malam,Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Georgetown,Pulau Pinang polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan SPRM berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report.

Katanya walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.

"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya.

Dari apa yang diterangkan oleh Khalid,jelas sekali PDRM berdepan dilema besar untuk jalankan tugasnya dengan sempura dan lancar.

Ini kerana tugas berkenaan berdepan dengan persepsi umum seolah situasainya sudah kini terbalik dimana ‘ the hunter is hunted’.

Pertukaran dua pengarah SPRM ke JPM telah menghangatkan lagi keadaan.Ini ditambah pula dengan kenyataan ringkas Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Shukri Abdull yang desak mereka dikembalikan ke agensi itu.

Andaiannya sudah tentu kenapa SPRM selaku agensi penyiasat nak kena siasat.Maka timbulkan sangkaan dan dakwaan liar adalah usaha untuk ‘cover up’ segala macam dalam siasatan isu 1MDB.

Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment ".

Dalam konteks yang sebenar ,Ketua Polis Negara itu menjelaskan siasatan yang dijalankan oleh polis dalam kes itu bukan dilakukan terhadap satu institusi yakni SPRM sebaliknya individu dalam institusi yang tidak amanah bocor maklumat.

“Saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dan rampasan fail-fail serta komputer agensi itu, Khalid berkata polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.

Khalid berkata polis tidak sekali-kali berniat mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.

"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan, kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.

"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.

Khalid berkata apa yang dilakukan oleh polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan sebarang rampasan barang-barang bagi membantu siasatan merupakan asas dalam siasatan polis.

Terdahulu ketika berucap pada Malam Mesra Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2015 di situ, Khalid berkata SPRM bukanlah musuh polis dan adalah menjadi tanggungjawab polis memberi sokongan terhadap tugas-tugas agensi pencegahan rasuah itu.

"Kita semua tahu dalam satu minggu ini berlaku sedikit kemelut antara PDRM dan SPRM, kami tidak sekali-kali ingin mengganggu apa juga tugas-tugas yang dilaksanakan lain-lain agensi," katanya.

Beliau berkata tindakan yang diambil polis terhadap pengarah dan dua pegawai kanan SPRM adalah kerana perlu mencari punca bagaimana salinan pertuduhan boleh dimuat naik dalam portal Sarawak Report.

"Kami juga memanggil saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial dalam melaksanakan siasatan. Tindakan yang kami ambil adalah atas arahan yang diberi oleh Peguam Negara. Kami mula tangkap tiga orang, rampas dokumen dan kemudian membebaskan mereka.

"Semua yang kami rampas telah kami kembalikan selepas kami selesai meneliti dokumen itu. Fokus kami cuma kepada kebocoran maklumat dalam Sarawak Report dan juga kebocoran maklumat perbankan. Kami anggap ini satu perbuatan yang amat serius kerana boleh mengancam kestabilan negara," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment