Wednesday, August 05, 2015
Ahli UMNO Mahu Mukhriz Dilucutkan Jawatan Menteri Besar Kedah
Ketua Penerangan Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli
Jamalullail mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melucutkan
jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
Syed Rosli berkata, beliau mahu Mukhriz dilucutkan jawatan kerana
Menteri Besar Kedah itu tidak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri
yang merupakan ketua kepada Mukhriz sendiri.
Katanya, sebagai Menteri Besar Kedah yang dilantik oleh Perdana Menteri,
Mukhriz seharusnya menyatakan sokongan kepada Najib sebagai ketuanya,
tetapi apa yang berlaku Mukhriz tidak pernah menyatakan sokongannya
kepada Perdana Menteri.
"Semenjak dari dahulu lagi saya dapat melihat pemimpin seperti Datuk
Mukhriz Mahathir yang merupakan Menteri Besar Kedah tidak pernah
sekalipun menyatakan sokongan beliau kepada Presiden parti dan Perdana
Menteri. Kenapa?
"Tidakkah sepatutnya Mukhriz selaku Menteri Besar jawatan yang dilantik
oleh Perdana Menteri harus menyatakan sokongan kepada Ketua beliau
sendiri?," kata Syed Rosli.
Disebabkan Mukriz tidak menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri,
Syed Rosli mahu Mukhriz dilucutkan jawatan kerana ketidak sokongan
Menteri Besar Kedah itu akan mendatangkan masalah kepada pimpinan
perdana menteri.
"Saya berasakan bahawa Mukhriz ini sudah tidak sesuai lagi berada dalam
jawatan penting kerajaan kerana beliau akan mendatangkan kemudaratan
kepada Perdana Menteri itu sendiri," katanya.
Dalam masa sama, beliau mahu Najib melucutkan jawatan pemimpin Umno yang gagal menyatakan sokongan terhadap perdana menteri itu.
"Saya berasa bahawa mana-mana pemimpin Umno yang tidak menyokong Najib, maka memang patutlah Najib memecat mereka," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment