Wednesday, August 05, 2015
Ini Jawapan Ahmad Maslan Kepada Sindiran Muhyidin...
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk
Ahmad Maslan hari ini memberi ingatan kepada barisan pimpinan tertinggi
Umno supaya tidak mudah menyerah kalah sebelum memasuki medan perang.
Ahmad Maslan yang menyifatkan pemimpin parti sebagai jeneral berkata,
sebagai jeneral mereka tidak boleh mudah putus asa dan patah semangat
kerana ia akan memberi kesan kepada askar-askarnya.
Oleh itu, sebagai jeneral, mereka haruslah berfikiran positif dan
memberi kata-kata semangat kepada askarnya walaupun melihat keadaan
peperangan itu tidak akan menyebelahi mereka.
"Jika seorang jeneral perang sentiasa menyebut yang negatif contohnya
dalam perang ini kita akan kalah, maka segala askar dan pejuang tidak
akan ada semangat untuk menang," kata Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan berkata, pantang datuk neneknya jika seorang pemimpin itu
sudah mengaku kalah sebelum memasuki medan peperangan untuk berjuang.
"Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang," katanya.
Oleh itu, beliau mengajak semua ahli dan barisan kepimpinan parti supaya
bersatu dan berjuang habis-habisan dalam medan peperangan bagi mencapai
kemenangan.
Difahamkan kenyataan ini ditujukan kepada bekas timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa
Umno/BN akan tewas jika pilihan raya diadakan esok.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment