Wednesday, August 05, 2015
Lagi Penduduk Kampung Dihalau Oleh DAP Pulau Pinang
Sedih yang hanya dapat diungkapkan apabila kerajaan DAP dengan
rakusnya merobohkan puluhan kediaman di Kampung Malaysia Mak Mandin.
Bayangkan
perkara ini berlaku kepada diri anda sendiri mahupun keluarga terdekat
apabila kediaman yang diduduki puluhan tahun, akhirnya dirobohkan oleh
kerajaan negeri tanpa perbincangan dan pampasan yang setimpalnya.
Apa
yang lebih memilukan apabila kerajaan negeri tergamak melakukan kepada
penduduk situ yang kebanyakan warga emas dan miskin yang tiada tempat
lain untuk berteduh.
Malah, amat menyedihkan apabila kerajaan
negeri yang diterajui Lim Guan Eng pernah menjanjikan rumah untuk
penduduk di kampung tersebut tidak terbina sehingga kini.
Dimana
mereka ini perlu berteduh tatkala rumah mereka selama ini menjadi tempat
teduhan dirobohkan dan rumah yang dijanjikan tidak terbina??
Dimanakah
sifat belas kasihan kerajaan negeri kepada mereka ini??? Kegilaan
apakah kerajaan DAP ini yang tiada belas kasihan dan menganiayai orang
miskin??
Perkara ini jelas menunjukkan kerajaan DAP rakus
menyalahguna kuasa untuk menghalau golongan bawahan tanpa perbincangan
dan belas kasihan.
Oleh itu, diharapkan penduduk di negeri ini dapat membuka mata melihat kerakusan yang dilakukan oleh kerajaan DAP ini.
Difahamkan yang sebelum ini kerajaan DAP dengan rakusnya menghalau peniaga
pasar karat atau lebih popular peniaga 'rope walk' di Armenian Street
kerana dikatakan peniaga disitu menjual hasil barangan curi.
Ini
lagi satu tindakan kerajaan DAP yang mengecewakan apabila menyekat
peniaga disitu untuk mencari sesuap nasi dengan mengatakan peniaga
disitu menjual barangan curian.
Sehingga kini, dimaklumkan
peniaga-peniaga ini tidak mendapat tempat untuk mereka berniaga bagi
mencari sesuap nasi. Inikah yang dikatakan kerajaan negeri prihatin
dengan masalah rakyat??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment