Wednesday, August 05, 2015
Harussani Nasihatkan Menteri Jangan Melampau
Hari ini giliran Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria memberi
teguran keras kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil berhubung adegan
panas didalam filem.
Harussani berkata, Azalina yang baru sahaja dilantik menjadi seorang
menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan jahil berhubung adegan
pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu
dibesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang
maksiat.
"Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah," kata Harussani
Jelas Harussani, kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina itu bercanggah dengan hukum Allah dan pasti dilaknat oleh Allah.
"Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri,
mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di Pertuan Agong atau
Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka
bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.
"Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka,
janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah,"
katanya.
Harussani berkata, Azalina sebagai menteri yang beragama Islam
sewajarnya mengeluarkan kenyataan supaya adegan itu dicegah bukannya
dibiarkan sahaja.
Tegasnya, sebagai orang Islam hukum Allah perlu diutamakan bukannya meremeh-temehkan hukum yang telah ditetapkan.
Oleh itu, beliau menasihat Azalina supaya tidak mengeluarkan lagi
kenyataan yang hanya berdasarkan logik akalnya jika tidak mahu dilaknat
Allah.
"Saya nasihat jangan melampau. Islam berdasarkan iman. Iman itu boleh
diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi tidak boleh
keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum
Allah.
"Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.
"Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar atau
dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah
kejahatan," katanya.
Azalina sebelum ini ditegur terlebih dahulu oleh Penceramah bebas, Datuk
Ustaz Kazim Elias dan diikuti oleh Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim
susulan membuat kenyataan yang keterlaluan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment