Wednesday, August 05, 2015
Dana Politik Najib Razak?? Rakyat Malaysia Jangan Jadi bodoh!
1. Kecoh kini apabila SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun PM Najib Razak.
2. Pengesahan oleh SPRM ini telah menafikan fitnah yang dikeluarkan oleh
Sarawak Report (SR) yang kemudiannya dipetik dan dijadikan sebagai bahan
berita oleh Awani yang mendakwa dana tersebut adalah daripada wang
1MDB.
AAA
3. Menurut SPRM, wang yang diterima oleh PM itu ialah sumbangan pihak
tertentu untuk kegunaan pilihan raya yang disalurkan atas kapasiti Najib
selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
4. Malangnya, pengesahan ini tidak difahami dalam konteks yang sebenar
oleh sebahagian rakyat Malaysia kerana telah dipengaruhi persepsi
negatif berkaitan syarikat 1MDB. Mereka lebih percaya terhadap fitnah
yang dibuat oleh SR.
5. Tidak ada mana-mana parti politik yang ditubuhkan tanpa menerima sumbangan dana daripada mana-mana pihak.
6. UMNO misalnya, bermula sebagai parti Melayu yang menerima pelbagai
bentuk sumbangan daripada ahli-ahlinya yang ketika itu terdesak dalam
menuntut kemerdekaan negara. Terima kasih kepada nenek moyang kita.
7. Tanpa sumbangan-sumbangan ini, Tunku Abdul Rahman tidak mungkin dapat
terbang ke London bertemu Queen Elizabeth dan kemungkinan besar juga,
kemederkaan negara lebih lewat dicapai daripada yang sepatutnya (31 Ogos
1987).
8. Adakah UMNO sahaja yang menerima sumbangan dana ini? Sudah tentu
tidak. Parti-parti politik lain juga turut menerima dana langsung dalam
pelbagai bentuk, sama ada tunai atau aset-aset lain seperti premis
bangunan, kenderaan dan sebagainya.
9. PAS misalnya, menerima sumbangan langsung daripada para penyokongnya
melalui kutipan derma ketika ceramah-ceramah yang diadakan di seluruh
negara. Wang kutipan derma itu akan disalurkan ke dalam akaun MTD dan
Negeri masing-masing. Terdapat beberapa syarikat milik Melayu turut
menyumbang dana kepada PAS di peringkat pusat, antaranya termasuklah
sebuah syarikat terkenal yang beroperasi di Langkawi, Kedah.
10. Adakah ia menyalahi undang-undang? Sudah tentu juga tidak. Malaysia
merupakan antara negara yang tidak mewajibkan parti-parti politik
mendedahkan sumber dan jumlah dana yang diterima.
11. Pun begitu, dalam usaha melakukan transformasi politik, Najib Razak
pernah mengusulkan supaya parti-parti politik bersikap telus dalam
mendedahkan kekuatan kewangan masing-masing termasuk sumber dan jumlah
dana yang diterima. Usul ini telah dibentangkan di Parlimen tetapi
ditentang hebat oleh wakil-wakil pembangkang khususnya DAP.
13. Adakah pembangkang di Malaysia begitu bersih dan tidak pernah menerima dana asing?
14. Adalah diketahui, National Endownment for Democracy (NED) yang
ditubuhkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad yang lalu
menyumbang dana secara langsung kepada beberapa entiti di Malaysia yang
bekerja untuk pembangkang.
15. NED ialah agensi khas (bukan NGO) yang ditubuhkan dalam usaha Amerika
Syarikat meluaskan sayap pengaruhnya di negara-negara dunia ketiga dan
Islam amnya termasuk di Malaysia atas nama demokrasi.
16. NED ditubuhkan sebagai projek khas CIA yang menggunakan tiga kaedah
dalam mempromosikan demokrasi versi mereka sendiri iaitu : a) Penyusupan
masuk b) Sumbangan dana c) Peperangan.
17. Di bawah NED, terdapat tiga agensi khas lain ditubuhkan iaitu
International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute
(NDI) dan Center for International Private Enterprise (CIPE).
Ketiga-tiga agensi inilah yang menjadi nadi penggerak agenda NED
termasuk di Malaysia.
18. Jika di Timur Tengah, kaedah peperangan menjadi pilihan sebelum
menjalankan pilihan raya atas nama demokrasi, di Malaysia, langkah NED
sebenarnya lebih mudah kerana demokrasi sudah dijalankan di sini sejak
1987.
19. NED menyumbang dana secara terus melalui IRI di mana Ketua
Pembangkang (yang kini dipenjarakan atas kesalahan meliwat), Anwar
Ibrahim, telah dilantik sebagai salah seorang panel lembaga pengarahnya.
20. Pada 22-23 April 2005, Presiden IRI, Lorne Craner, dalam satu ucapan
di 6th Annual Conference, Center for Study of Islam & Democracy
(CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, memuji-muji Anwar
Ibrahim sebagai hero baru dunia kini.
21. ”Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part
of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of
our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time,” – Lorne Craner.
22. Tidaklah aneh kepada Amerika untuk memuji mana-mana pemimpin yang
disukai dan mengecam mana-mana pemimpin yang tidak disukai. Biasanya,
yang dikecam akan berakhir dengan penyudah yang tragis seperti Saddam
Hussein di Iraq suatu ketika dahulu.
BAGAIMANA IRI MEMPROMOSIKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA?
23. Sekurang-kurangnya dua buah NGO politik diketahui mendapat dana
daripada IRI iaitu Merdeka Center dan MAFREL. Kedua-dua NGO ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangkang di Malaysia. Merdeka
Center ialah NGO yang menjalankan kajian berkaitan demokrasi di Malaysia
manakala MAFREL dikenali sebagai pemantau pilihanraya.
24. MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) diketuai aktivis
reformasi, Abd Malek Hussin dan dibantu oleh Syed Ibrahim Syed Noh,
bekas pemimpin Jemaah Islah Malaysia (JIM) selaku Timbalannya.
25. Dalam satu berita bertajuk “MAFREL SEEKS RM5.7MIL GOVT FUND” yang
dimuatnaik dalam laman web rasmi BERSIH 2.0 bertarikh 30 Nov 2007, Abd
Malik Hussin mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI, yang diakui
kemudiannya oleh editor bahawa IRI menerima dana daripada kerajaan
Amerika Syarikat.
26. Merdeka Center pula, selain mendapat dana langsung daripada IRI, ia
turut mendapat dana daripada The Asia Foundation dan Fredrich Naumann
Foundation (FNF) yang turut berperanan mempromosikan demokrasi khususnya
di rantau Asia Pasifik.
BAHAGIAN PENTING - 2.6 BILION VS PROJEK DEMOKRASI YAHUDI
27. Berbanding Anwar dan pembangkang sendiri yang sentiasa berdolak
dalih dalam menyatakan sumber kewangan mereka, Najib Razak dilihat lebih
telus apabila menubuhkan task force untuk menyiasat dakwaan SR
berhubung wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
28. Siasatan ini akhirnya membawa kepada pengesahan daripada SPRM bahawa
wang tersebut ialah dana pilihan raya yang disumbangkan oleh penderma
daripada Timur Tengah terus kepada Najib tanpa mendedahkan identi
sebenar penderma tersebut.
29. Berbanding Anwar yang mendapat dana daripada Barat khususnya Amerika
Syarikat, Najib menerima dana daripada Timur Tengah (dunia Arab) atas
pelbagai faktor seperti hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan
negara-negara Arab dan agama Islam sebagai tunjang negara ini yang
dipelihara dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama.
30. Berbanding Anwar dan pembangkang yang menerima dana atas nama
demokrasi, derma atau sumbangan yang diterima Najib Razak sebenarnya
lebih bersifat kepercayaan, penghormatan dan penghargaan kepada kerajaan
Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang mengamalkan prinsip-prinsip
demokrasi tersendiri (demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan) yang
tidak diamalkan di negara-negara demokrasi yang lain.
31. Amalan demokrasi di Malaysia sehingga kini tidak meminggirkan Islam
berbanding demokrasi Barat yang turut mempromosikan kebebasan mutlak
seperti LGBT, pluralisme dan liberalisme akidah yang melampaui
batas-batas Islam.
KESIMPULAN
32. Kesimpulan ini harus ditutup dengan persoalan berikut.., jika Anwar
benar-benar hero di kaca mata dunia khususnya Barat sehingga diangkat
sebagai tokoh pemimpin Islam era baru, kenapa penderma Timur Tengah
tidak menyalurkan derma kepada beliau dan pembangkang yang ketika itu
turut dianggotai PAS sebagai sebuah parti Islam?
Sebaliknya mereka memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional? Dan
kenapa NED memilih menjalin kerjasama dengan Anwar dan proksi-proksinya
untuk menyalurkan dana atas nama demokrasi. Kenapa NED tidak memilih
Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment