Sunday, August 09, 2015
Pesara Cemas Jumpa Bom Mortar Di Bumbung Rumah
BUKIT MERTAJAM : Seorang pesara yang sedang membaiki bumbung rumahnya di
Kampung Permatang Ara, Permatang Pasir, di sini, terkejut apabila
menemui sebutir bom mortar di bumbung rumahnya, petang tadi.
Mengikut
jirannya, mangsa yang cemas dengan penemuan itu kira-kira jam 6 petang,
segera menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kejadian berkenaan.
Jurucakap polis di tempat kejadian berkata, polis sudah menutup kawasan
kejiranan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Kita masih menunggu Unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Daerah (IPD)
Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment