Sunday, August 09, 2015
'Charlie Hebdo' Patut Dikecam Kerana Menghina Mangsa MH370
KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa Perancis dan organisasi media di seluruh
dunia digesa mengutuk majalah satira Perancis 'Charlie Hebdo' kerana
menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370. Gesaan itu dibuat Pengerusi
Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen.
"MCA menegur Charlie
Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur
politik (yang sering kali dipaparkan majalah berkenaan), secara
mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi
serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan
dalam penerbangan.
"Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal
MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini. Penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan
Hindi baru-baru ini disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan
daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac tahun lalu.
Chai berkata, majalah Perancis itu sebaliknya perlu bersimpati dan
memahami kesedihan yang dialami sanak saudara dan sahabat handai 239
penumpang serta anak kapal terbabit.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment