Monday, August 03, 2015
Apa GHB Nak Ikut Sangat Pada DAP Ni.....Isu GHB: PAS Perak Gesa Pimpinan Dan Wakil Rakyatnya Nyata Pendirian Segera
KUALA LUMPUR : Selaras dengan arahan dikeluarkan, PAS Perak menggesa
pimpinan semua peringkat serta wakil rakyat di negeri itu menyatakan
pendirian serta kesetiaan mereka terhadap parti ketika ini.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata tindakan itu perlu supaya
pimpinan serta ahli mengetahui status pendirian mereka selain memastikan
proses 'pemutihan' dapat dilakukan.
Tambah beliau, PAS Pusat telah mengeluarkan arahan melarang anggotanya
menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dan pihaknya memandang serius
perkara itu terutamanya melibatkan penyertaan wakil rakyat negeri itu.
"Sudah pun ada arahan daripada pusat mengatakan bahawa PAS melarang
ahli-ahli terlibat kemudian tiap-tiap negeri dan kawasan telah pun
membuat pendirian mengenai GHB ini.
"Kemudian proses pemutihan itu bila ada arahan kita tak dapat mengenalpasti semua yang terlibat," katanya kepada Antarapos.
Justeru Razman berkata pihaknya sedang memantau dan mengenal pasti
anggotanya yang terlibat dalam GHB yang didakwa bakal ditubuhkan pada
hujung bulan ini.
"Jadi kalau ada laporan daripada rakan-rakan dan juga ahli di mana-mana
peringkat kita akan bawa dan pertimbangkan perkara ini supaya.
"Kita hormati pendirian mereka tapi kita nak jaga gerakan kita," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan
kepada ahli PAS yang dijangka menyertai GHB yang kini dalam proses
memulakan siri jelajah perasmiannya baru-baru ini.
Pada Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik
sebagai berkata, parti itu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas
pemimpin dan ahli parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran GHB.
Beliau menegaskan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti
yang menggariskan bahawa ahli yang menyertai parti lain, keahlian mereka
akan terlucut secara automatik.
Untuk rekod, GHB akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air
(KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini.
PAS Perak Pantau Pergerakan Ahli Dalam GHB
Menurut Razman lagi pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap
cawangan yang akan memberi laporan kepada PAS negeri sebelum aduan rasmi
dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pusat untuk tindakan
lanjut.
"Di Perak saya pun telah buat satu arahan tapi macam biasalah bila buat
arahan tak semestinya mereka nak ikut, jadi yang tak ikut itu kita nak
minta memperjelaskan sendirilah.
"Baru-baru ini ada pendirian dibuat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan
Beruas bila ada ahli jawatankuasa maklumkan, jadi tak mengapa dia buat
pendirian yang jelas dan dia bergeraklah atas rasa kefahaman yang ada
pada dia," katanya.
Ujarnya PAS tidak akan tergugat dengan penubuhan GHB selain turut
menggesa ahlinya untuk terus beristiqamah dengan perjuangan parti.
"Sekarang ini baru langkah yang pertama sebab sebelum ini mereka hanya bercakap dan tidak ada bukti yang jelas.
"Tapi sekarang pelancaran telah dibuat di Perak dan beberapa orang
pimpinan telah pun membuat penjelasan pendirian mereka," katanya.
Razman berkata kesemua ahli PAS telah diberi arahan untuk tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan GHB.
"Jadi bila mereka membuat pendirian kita tak keluarkan surat pecat dan sebagainya.
"Sebab ia automatik secara jelas mengatakan apabila dia menyertai
mana-mana parti politik lain maka dengan automatik hilang keahliannya
dalam PAS," katanya.
Mengulas mengenai ahli PAS Perak yang menyertai GHB, beliau berkata,
sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa PAS Pusat.
"Bila dia isytihar menyertai parti politik lain automatik jatuh dia bukan lagi ahli PAS," katanya.
Sebarang Premis Parti Dilarang Digunakan GHB
Selain itu beliau turut tidak membenarkan mana-mana aset parti digunakan oleh GHB.
"Bila kita kenalpasti program itu untuk apa sama ada program parti atau
program untuk merugikan parti jadi di situ kita akan mengambil tindakan
kalau ada laporan.
"Bagaimanapun kita mengharapkan supaya ahli tak terlibat dan premis itu kita tak benar digunakanlah.
"Jadi menggunakan aset dan platform PAS adalah tanggungjawab kita untuk melarang," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment