Monday, August 03, 2015
Ini Sudah Kes Berat.....PAS Putus Hubungan Dengan Wakil Rakyat Sendiri...
Ini sudah kes berat... selepas PAS Kuala Terengganu buat keputusan untuk
'bercerai' dengan wakil rakyat yang mereka usung pada PRU13, Datuk Raja
Kamarul Bahrin Shah selepas beliau didakwa dilantik sebagai Pengerusi
Gerakan Harapan Baru (GHB) Terengganu.
Setiausahanya, Mohd. Said Mat Ali berkata, keputusan itu diambil dalam
mesyuarat PAS Kuala Terengganu setelah mengambil kira perkembangan
terbaharu yang berlaku.
“PAS kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1 Ogos berpegang
kepada pekeliling isu GHB yang dikeluarkan PAS Pusat bertarikh 29
Julai,'” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, parti itu tidak akan menggabungkan diri, memberi apa-apa jua
bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen itu, dan meminta semua
anggota patuh kepada arahan itu.
Perkembangan terbaharu ini mulai menyerlahkan bibit perpecahan dalam
kepemimpinan PAS di negeri ini yang pada awalnya dilihat dalam keadaan
masih padu.
Pada 30 Julai lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi
amaran kepada semua wakil rakyat PAS dan pemimpin parti itu agar jangan
menyertai sebarang program anjuran GHB yang sedang digerakkan sebagai
parti alternatif menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.
Abdul Hadi menjelaskan, perkara itu telah diputuskan oleh kepemimpinan
parti berkenaan sehari sebelum itu sambil mengingatkan bahawa mereka
yang ingkar bakal berdepan tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti.
Dalam majlis sambutan Aidilfitri dan Penerangan GHB di Jerteh, Besut
Jumaat lalu, nama Raja Kamarul Bahrin diumumkan oleh pengerusi majlis
sebagai peneraju GHB di negeri ini, namun beliau yang turut kelihatan
hadir, tidak berada di pentas.
Sementara itu pada hari ini ketika diminta pengesahan dalam majlis rumah
terbuka Aidifitri bersama dengan Ahli Dewan Negeri Batu Burok, Dr. Syed
Azman Syed Ahmad Nawawi, Raja Kamarul Bahrin Shah bagaimanapun tidak
memberikan sebarang pengesahan manakala Syed Azman pula menafikan turut
menyandang apa-apa jawatan.-3/8/2015
Berikut disiarkan kenyataan tersebut
Assalamualaikum Wrt Wbt
Kepada Semua Ahli PAS Kawasan Kuala Terengganu
Tuan/puan,
Pendirian PAS Kawasan Kuala Terengganu Terhadap YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu)
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah
(Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi
sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu
sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di
Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.
Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat
pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh
PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya
tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan
atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
Yang Menjalankan Amanah,
MOHD SOUD @ SAID @ MAT ALI
Setiusaha PAS Kawasan KT
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment