Thursday, August 27, 2015

Bangsa Melayu Akan Hidup MEWAH Jika PERKASA Memerintah Malaysia???

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataannya mengatakan, jika rakyat khususnya orang Melayu memilih Perkasa untuk memerintah negara, sudah pasti kaum Melayu kini dapat menikmati kehidupan yang mewah.

Ibrahim berkata, orang Melayu perlu menyesal kerana memilih Umno untuk memerintah negara kerana hasilnya kini orang Melayu hanya mampu membeli rumah dan barangan murah sahaja.

Jelasnya, jika orang Melayu memilih Perkasa dahulu, sudah pasti kini orang Melayu dapat hidup di perumahan orang kaya dan memakai pakaian yang berharga puluhan ribu.

"Walaupun Umno dah memerintah sejak merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?

"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsar sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik. Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mont Kiara dan pakai baju harga RM20,000," kata Ibrahim Ali.

Benarkah orang Melayu dapat hidup mewah jika Perkasa dapat memerintah negara?? Bagaimana Perkasa dapat membantu orang Melayu di negara ini untuk hidup mewah dengan memakai pakaian berharga puluhan ribu ringgit??

Barangkali, Ibrahim tidak berfikir terlebih dahulu sebelum beliau mengeluarkan kenyataan 'bodoh' sebegini. Untuk mengecapi kemewahan seperti duduk di rumah besar, memiliki kereta mewah atau memakai pakaian mahal perlu lah diusahakan oleh individu itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.

Jika semua benda perlu disuap oleh kerajaan, sampai bilakah orang Melayu akan maju?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment