Thursday, August 27, 2015

Pemimpin PAS Kelantan Tetap ZUHUD Walau Pakai Kereta Mewah

Pemimpin Pas Kelantan hari ini mengakui memiliki kenderaan mewah selepas terdapat dakwaan pemimpin tersebut memiliki beberapa kenderaan yang berdaftar atas namanya disebarkan melalui laman sosial.

Pemimpin tersebut juga didakwa mempunyai 5 buah banglo yang bernilai RM2 juta dibina untuk anak-anaknya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini tampil mengaku membeli kenderaan mewah pacuan 4 roda Range Rover dengan harga RM200,000.

Menurutnya, beliau membeli Range Rover tersebut dari sahabatnya dengan harga di bawah pasaran.

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," kata Amar menjawab mengenai dakwaan tersebut.

Walau bagaimanapun, dakwaan mengenai 5 buah banglo tidak dijawab oleh Naib Presiden Pas itu, sebaliknya dinafikan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud.

Asri berkata, dakwaan itu merupakan satu fitnah yang  mahu memburukkan imej timbalan menteri Kelantan itu kerana rumah terbabit dibina sendiri oleh anaknya melalui skim perumahan.

"Anak-anaknya yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"Ustaz Amar tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," kata Asri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment