Sunday, August 09, 2015

Bila Pembangkang Nak Dedah Derma Politik? Azmin Janji Dah Tu

azmin_dana
EDITOR MENULIS...
9 OGOS 2015

Sudah beberapa hari sejak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berjanji untuk mendedahkan jumlah derma politik yang parti pembangkang di negara ini terima.  Malangnya sehingga kini, masih tidak ada bayang-bayang janji itu akan dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, balaci-balacinya sibuk menjaja ke sana sini cerita derma politik yang diterima Perdana Menteri – seolah-olah pembangkang tidak pernah terima derma politik.  Tapi soal pernah terima atau tidak (derma politik) bukan isunya sekarang kerana dengan janji itu, Azmin mengakui pembangkang juga ada dapat derma politik.

Saya melihat tidak ada masalah kalau benar seperti propaganda pembangkang bahawa mereka dapat sumbangan dari pembelian meja dalam majlis makan malam atau jual poskad dan sebagainya.  Yang jadi masalah saya lihat, jual meja dan poskad tu hanya serumpun kecil, yang besar-besar itulah nak disembunyikan berapa dan datang dari mana.

Sebab itu sampai sekarang janji Azmin hanya tinggal janji.  Tambahan dari itu, tidak ada langsung komen menyusul dari mana-mana pemimpin-pemimpin pembankang (terutama DAP) yang lain untuk menyokong janji tersebut sehinggakan rakyat jadi tertanya-tanya, apa yang cuba disembunyikan?

Hanya dengan semua parti-parti politik di negara ini mendedahkan jumlah derma politik yang mereka terima, barulah rakyat dapat gambaran keseluruhan akan realiti sebenar derma politik yang hebat diperkatakan sekarang.  Apa pun orang nak faham tentang derma politik ini, itu masalah mereka, tapi dari segi UMNO, sudah terbukti UMNO tidak menggunakan wang rakyat untuk membiayai operasi politik parti berkenaan.

Mitos yang kata UMNO guna duit rakyat untuk operasi politik sudah terhapus dengan sendirinya dengan pendedahan sumbangan derma politik dari Timur Tengah tu.

Banyak orang kata RM 2.6 billion derma politik yang Datuk Seri Najib terima bagi pihak UMNO dari penyumbang di Timur Tengah itu besar, benar kah?  Kalau pada yang lebih besar lagi dari itu macam mana?  Mana nak tahu kalau hanya satu parti saja dedah, yang lain-lain tak mahu dedah.

Sebab itulah agaknya sampai sekarang pembangkang tak berani mengotakan janji Azmin itu atau paling tidak beri kebenaran kepada agensi seperti SPRM dan Bank Negara untuk dedahkan bagi pihak mereka,

Takut rakyat dan penyokong sendiri persoalkan banyak sungguh derma politik yang mereka dapat tapi kenapa yang turun ke bawah ini hanya sejumlah kecil sahaja.

Fikir-fikirkanlah...
 
Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment