Saturday, August 01, 2015

Buang Muhyiddin Hanya Satu Sandiwara Najib??

Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng menyifatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu sandiwara politik Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

Andy turut menyifatkan Najib telah menyalah gunakan kuasanya sebagai seorang pemimpin untuk mengukuhkan kedudukan.

Andy turut memberi amaran kepada perdana menteri dengan mengatakan Najib perlu sedar bahawa keputusan melantik pemimpin sebenar adalah di tangan rakyat, jadi Najib tidak perlu angkuh dengan kedudukannya sekarang.

"Perdana Menteri harus sedar bahawa pada zaman kini, rakyat yang memutuskan siapakah pemimpin negara yang sesuai untuk mereka.

"Kuasa seseorang pemimpin tidak kira latar belakang, ada hadnya. Jikalau ia digunakan semata-mata untuk menguatkan kepentingan diri, ia amat melampaui batasan," kata Andy.

Andy juga memberi amaran kepada barisan kabinet yang baharu supaya tidak mengambil kesempatan dan keuntungan dengan lantikan yang diberikan, jika tidak mereka ini perlu segera disingkirkan dari kabinet.

"Diharap Kabinet baru sedar dan akan utamakan politik ikhlas demi negara dan rakyat. Mereka yang ambil kesempatan untuk ambil keuntungan, haruslah disingkir serta-merta," tegasnya.

Benarkah Najib hanya mementingkan diri apabila membuat rombakan kabinet dengan menyingkirkan Muhyiddin serta beberapa pemimpin?? Benarkah Najib membuat rombakan hanya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri??

Semua persoalan itu adalah tidak benar. Kenapa?? ini kerana Najib mahu mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan yang dilihat semakin longgar dan dengan senang lenangnya pihak lain membuat serangan terhadap kerajaan.

Adakah Najib perlu meletakkan barisan kepahlawanan yang takut untuk bersama-samanya membawa negara ke mata dunia tatkala kerajaan diserang dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas??

Oleh itu, penulis merasakan pemuda Gerakan tidak perlu masuk campur dalam urusan pentadbiran atasan kerana pemuda Gerakan perlu menguatkan parti sendiri terlebih dahulu yang hidup mati tak segan itu.

Sudahlah tidak mampu menjaga parti, sibuk pulak mahu mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. Malah, orang Cina sendiri menganggap Gerakan tidak mampu menjaga kaumnya sendiri. Pemuda Gerakan patut malu pada kaum sendiri kerana gagal menjaga kaum.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment