Saturday, August 01, 2015

Mahathir Sokong Zahid Hamidi Jadi TPM...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat gembira apabila TS Muhyiddin Yassin digantikan dengan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Bercakap kepada media, Tun Mahathir mengatakan bahawa Ahmad Zahid merupakan individu yang paling layak untuk jawatan berkenaan berbanding lain-lain pemimpin didalam UMNO, selain dari pernah mengetuai Pemuda UMNO Malaysia.

"Lagipun dia (Ahmad Zahid) dapat undi terbanyak dalam pemilihan Naib Presiden.." jawab Mahathir ketika ditanya mengenai Ahmad Zahid sebagai TPM yang baru.

Mahathir juga mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kuasa untuk menukar barisan kepimpinan kabinet mengikut apa yang dimahukan oleh beliau.

"Kita menukar kepimpinan didalam kabinet setiap masa.. Ia adalah merupakan hak prerogatif Perdana Menteri. Saya rasa Perdana Menteri Najib merasakan inilah barisan kabinet yang terbaik untuk masa ini.."

Mahathir juga turut menjelaskan mengenai serangan yang dibuat terhadap pentadbiran kerajaan Najib. 

"Pandangan masyarakat mengenai rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri tetap sangat negatif.. Kita boleh nampak didalam komen dalam Facebook mengenai hal ini.." 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment