Friday, August 21, 2015

#DEIG: Antara Jual, Bankrap & Jual, Dan Memfaraid Harta Rampasan Perang?

EDITOR MENULIS...
20 OGOS 2015
azmin panda 1
Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini.

Aset-aset milik Yayasan Selangor seperti Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) hanya tinggal sejarah, apabila nilai tanah yang tinggi membangkitkan nafsu dan serakah demi keuntungan, sekaligus menafikan signifikan penubuhan yayasan itu sendiri. Dan itu hanyalah sebahagian dari kisah duka hilangnya harta rakyat bumi Darul Ehsan.

Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor.

Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel Kuala Lumpur adalah dua aset kerajaan negeri yang diisytiharkan bankrap. Dan dengan pengisytiharan tersebut, penjualan adalah jalan terakhir.

Entah bagaimana, kedua-dua aset ini dahulunya dapat ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sudah pasti status bankrup itu membuktikan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk mentadbir asset dibawah jagaannya. Lebih merisaukan saya, jika status bankrap tersebut adalah sekadar alasan yang dirancang, dicipta dan dilaksana demi untuk menghalalkan penjualan aset-aset tersebut kepada pihak lain.

Rasa tidak puas hati rakyat tentang penjualan aset-aset sebelum ini benar-benar menggusarkan kerajaan negeri. Tetapi dengan alasan bankrap, tentu ianya lebih meyakinkan. Dan jika benar status bankrap itu adalah sebahagian perancangan untuk membenarkan si pembeli membeli dengan murah, pastinya adalah lebihan dari harga sepatutnya yang boleh disalurkan secara “under table”. Ini kebimbangan saya.

Dalam pada itu, tertubuhnya Darul Ehsan Investment Group dibawah Akta Syarikat 1965 telah mewujudkan kebimbangan rakyat Selangor yang prihatin kerana syarikat tersebut berupaya untuk mengalihkan kekayaan berbillion ringgit harta rakyat Selangor kepada entiti bebas tersebut yang tidak terikat dengan mana-mana audit, dan tidak perlu menjawab kepada Dewan Undangan Negeri.

Ia berbeza dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang termaktub di dalam Enakmen Menteri Besar Selangor.

Sangat licik.... sama-samalah kita fikirkan.....

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRi9-k6lkLvLEuzcyoax6kfUvkfTacPnmvYIbY9pD9wxT5ytriwDr2i60S4jTxQs8KwAzfbs3v5LGKVEGhFuPUqZOYvQKPpM068VXZz7A__HRf02MDvJFRubdLol1Fkm9ntvrwmzNZM3A/s200/IMG_4072-1.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment