Friday, August 21, 2015

IS: Apa Tak Kena Dengan Jatidiri Kakitangan Awam/Pasukan Keselamatan?

EDITOR MENULIS...
20 OGOS 2015
ne_05.1
Agak terkejut bila membaca dari 10 penyokong keganasan yang ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, 6 adalah terdiri dari anggota keselamatan dan 2 kakitangan kerajaan.  Itu bermaksud 8 dari 10 yang ditahan semalam adalah penjawat awam; ni jenis yang gaji dan kalau bersara esok, pencen dia dan kemudahan lain rakyat bayar.  Lebih ramai dia dari orang kebanyakan pulak.

Bercakap pasal anggota keselamatan, inilah orangnya yang kita harapkan untuk menjaga keselamatan kita semua dan mereka terlibat dengan kegiatan keganasan?

Saya tidak pasti salah silap ini dimana tapi pasti ada yang tak kena, kelemahan yang menuntut tindakan tegas dari pihak kerajaan.  Benar, 8 dari 10 atau 100 malah 1000 dari keseluruhan 1.5 juta kakitangan awam ini nampaknya kecil, tapi sejarah mengajar kita, tak perlu banyak atau ramai pun baru nak memberi kesan.

Lebih-lebih lagi di Malaysia ini bila mana mudah sangat ketegangan antara kaum, antara agama tercetus kalau tiada tindakan awal diambil untuk menyekatnya dari merebak dan membarah.

Justeru, saya menggesa peranan agensi-agensi tertentu dalam membentuk jatidiri kakitangan awam ini dikembalikan semula fungsi dan peranannya seperti mana sebelum teruk diserang pembangkang.  Tindakan ikut sangat cakap pembangkang ni, dah beri kesan kepada jatidiri kakitangan awam/anggota pasukan keselamatan sehingga mereka mudah terdedah kepada pengaruh keganasan.

Dulu pun perkara ini berlaku tapi penglibatan kakitangan awam/anggota keselamatan minima lah.  Macam dalam kes Al-Maunah sebagai contoh, hanya seorang anggota tentera terlibat (dan beberapa orang bekas kakitangan awam) berbanding sekarang, sampai 8 (kakitangan awam), nasib baik polis cekup dulu.  Yang Al-Maunah tu dah berlaku sekali pun ISA masih wujud.

Cakap pasal agensi ni, ada kepala-kepala yang ketuai agensi ini pun cenderung menunjuk bijak lebih dari Perdana Menteri, mereka semua ini perlu dibersihkan terlebih dahulu.  

Cabaran besar ni, bukan main-main.

Belum lagi kita bercakap kakitangan awam yang jadi penyokong pembangkang.  Bila berurusan dengan pelanggan, dok sebar kebencian kepada kerajaan, bila bagi ceramah tentang kepentingan caruman KWSP pun selit-selit agenda pembangkang (ini pernah berlaku kepada saya sendiri).

Itu pun ada unsur-unsur ‘keganasan’ juga tapi dalam masa sama kita akuilah hak demokrasi mereka cuma yang tak kenanya bila dilakukan pada waktu kerja.  Yang terlibat keganasan ni kita risau sangat sebab ia boleh memberi kesan kepada ramai yang tidak berdosa.

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlWe7ba-jx7vcd7o0B3Pxen2h5lhPb_iZqNiwAWY43Nj-YfEAFn3c1egMaERmX99Hnz-9C0A30vdm0Tz0sXOll-1F431PtLBEZbo0v9xVZ1u5sD1SfjTv-1L8exhDQCs_SBI71qThrLhTi/s400/Syamsul.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment