Thursday, August 06, 2015
GHB Jemput PAS Masuk Gabungan Pembangkang Baru
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi
Zawawi hari ini ingin menjemput Pas untuk bersama PKR, DAP, PASMA dan
GHB dalam gabungan pakatan pembangkang yang baharu.
Phahrolrazi berkata, mereka mengalu-alukan Pas untuk sama-sama menyertai
mereka dalam gabungan pakatan pembangkang baharu, tetapi Pas perlu
menerima konsep persetujuan bersama yang menjadi dasar Pakatan Rakyat
(PR).
Katanya, jika Pas boleh menerima konsep ini, maka Pas boleh sertai
mereka kerana sebelum ini Pas tidak dapat menerima konsep PR yang
menyebabkan PR terkubur.
Tambahnya, Pas akan lebih kuat jika menyertai gabungan pakatan
pembangkang baharu ini berbanding Pas bergerak solo untuk menewaskan
Umno/BN.
"Jika Pas ingin menyertai pakatan pembangkang baharu, mereka perlu menerima dasar Pakatan Rakyat.
"Pas terkeluar daripada PR kerana tidak mematuhi persetujuan bersama
apabila berlaku pertikaian antara Pas dan PKR berhubung isu Menteri
Besar Selangor dan pertikaian Pas dan DAP berhubung isu hudud. Isu ini
menyebabkan perpecahan.
"Tapi kalau sekiranya mereka boleh kembali kepada persetujuan asal
sebelum krisis, saya rasa Pas boleh menyertai semula gabungan ini dan
menjadi lebih kuat untuk menentang Umno," kata bekas Timbalan Pesuruh
Pas Kedah itu.
Beliau yang mengulas lebih lanjut mengenai gabungan pembangkang baharu
berkata, beliau yakin dengan gabungan yang baharu ini, pembangkang dapat
merampas pentadbiran negara daripada Umno/BN.
"Dengan perkembangan yang ada sekarang, sokongan kepada BN dibawah
pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan menurun lagi dua atau tiga
peratus, malah sokongan kepada gabungan pakatan pembangkang baharu akan
meningkat sehingga 55 peratus," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment