Tuesday, August 04, 2015
GHB Perkenal Barisan 'Ulama Luar Biasa' Minggu Depan
PETALING JAYA : Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendedahkan barisan
ulamanya sendiri yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain minggu
depan.
Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata pergerakan itu akan
mempamerkan jenama 'ulama inklusif' pada seminar antarabangsa, Sabtu.
"Cendekiawan agama kita akan menyertai lebih daripada 200 ulama seluruh
dunia menerusi program Nadwah Ulama yang dianjurkan oleh kami.
"Kita akan menunjukkan kepada pengkritik kami bahawa kita mempunyai
barisan ulama mengagumkan yang tidak bersikap 'judgmental' dan tidak
mempunyai sikap 'saya lebih suci dan warak daripada kamu'," kata beliau
sambil menambah ulama yang menyertai kumpulan ini adalah moden, terbuka
dan mudah didekati.
"Dengan mereka, kita boleh berbahas dan membincangkan isu-isu dengan mudah," katanya.
Dr Dzulkefly berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan pembentukan GHB sebagai sebuah parti baru tidak lama lagi.
Difahamkan GHB masih belum mengemukakan permohonan walaupun pengumuman
bahawa parti baru itu akan dilancarkan bulan depan telah dibuat.
Dr Dzulkefly juga menolak pengumuman oleh PAS Selangor bahawa beberapa ahli-ahli yang didapati terlibat dalam GHB telah dipecat.
"Kami masih ahli PAS. Kami tidak menerima apa-apa surat mengatakan kami telah dipecat, "katanya.
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli GHB Selangor
telah dipecat mengikut perlembagaan parti, yang menyatakan bahawa
keanggotaan mereka yang menyertai parti-parti politik lain akan secara
automatik ditamatkan.
Dr Dzulkefly berkata tanggungjawab itu terletak di bahu PAS untuk
mengambil tindakan jika kepimpinan merasakan bahawa disiplin parti telah
dilanggar.
Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga terbahagi dua
berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang sealiran
dengan GHB.
"Ada yang mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap kami manakala
ada yang cuba untuk memujuk kami berhubung penubuhan sebuah parti baru.
"Malah ada beberapa orang yang mengancam kita. Mereka tidak bersatu mengenai perkara ini, "katanya.
Dr Dzulkefly juga mendakwa GHB telah mendapat momentum di peringkat bawahan untuk menarik kumpulan majoriti senyap.
"Roadshow kami mendapat sambutan yang baik," katanya.
Beliau berkata sasaran GHB adalah majoriti senyap, terutama orang Melayu yang percaya dalam mengambil jalan tengah.
"Malah, bekas hakim pun menghadiri roadshow kami," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment