Tuesday, August 04, 2015
Selamatkah Rokok Elektronik / Vape?
Ramai sahabat2 saya yang bertanya kepada saya tentang penggunaan
Vape/rokok elektronik atau e-cigarette yang semakin popular semenjak
beberapa tahun ini.
Mereka bertanya adakah ia selamat dan adakah ia mempunyai ancaman kesihatan seperti rokok.
Saya akan cuba menerangkan kepada tuan2 dan puan2 tentang Vape ini dengan cara mudah agar mudah difahami semua.
Soalan paling banyak adalah sama ada Vape ini lebih selamat berbanding dengan rokok biasa (tobacco cigarettes).
Sebenarnya, tidak ada sesiapa yang tahu jawapan utk perkara ini. Ini
adalah kerana produk ini masih agak baru di pasaran dan kajian tentang
kesan jangka masa panjang penggunaan Vape ini masih belum dikaji secara
menyeluruh. Fenomena ini adalah sama seperti rokok biasa. Apabila ia
mula diperkenalkan hampir 1 dekad yang lalu oleh syarikat2 gergasi
rokok, ia kelihatan cool dan bergaya dan tiada kesan jelas pada
kesihatan yg diketahui. Hanya setelah beberapa dekad dengan bukti
saintifik dan klinikal yg jelas baru kita ketahui rokok mempunyai
mudharat kesihatan yang amat jelas pada umat manusia.
Untuk Vape, ia masih amat baru dan sungguhpun syarikat rokok
mempromosikannya sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding rokok,
tidak ada jaminan yg boleh diberikan. Kandungan Vape juga adalah
pelbagai dari satu brand ke satu brand yg lain.
Namun, apa yg diketahui secara jelas, Vape mengandungi nicotine.
Nicotine ini boleh menyebabkan ketagihan sama seperti rokok. Jika
pengguna setia vape berhenti secara tiba2 dari menggunakan Vape mereka
boleh menghidapi Withdrawal Syndrome yang antaranya menyebabkan mudah
marah2, kemurungan, resah gelisah, gangguan fikiran serta masalah bagi
mereka yang mempunyai masalah jantung. Ia juga mungkin mempunyai kesan
terhadap arteri dalam badan dan menyebabkan masalah kepada penggunanya.
Disebabkan promosi hebat syarikat2 yang menonjolkan seolah2 Vape adalah
alternatif terbaik buat perokok, ramai yang mula beralih arah
menggunakan Vape. Apa yang berlaku sekarang adalah, disebab tanggapan
Vape selamat, lebih ramai orang menggunakan vape, malah remaja dan
kanak2 juga tertarik menggunakannya kerana ia 'bukan rokok'. Perisa2 yg
pelbagai juga menggalakkan kanak2 dan golongan remaja menggunakannya dan
secara tidak langsung mendedahkan lebih ramai orang kepada penagihan
nicotine!
Usaha berhenti merokok yang digerakkan oleh kerajaan dan badan2
kesihatan yg semakin berjaya semenjak beberapa dekad ini kini seolah2
sedang tewas dengan iklan skala gergasi syarikat2 rokok yang
mempromosikan Vape sedangkan ancaman kesihatan jangka masa panjangnya
masih belum diketahui sepenuhnya! Ramai yang tidak pernah merokok selama
ini mula mencuba Vape kerana beranggapan ia bukan rokok dan tiada kesan
kepada kesihatan!
Ibubapa perlu tahu bahawa vape ini sebenarnya mengandungi nicotine yang
boleh mengganggu perkembangan otak kanak2 dan remaja. Malah Vape tidak
meninggalkan kesan bau seperti tembakau yang boleh menyebabkan ibubapa
sukar mengesan anak2 mereka yg terjebak dgn penggunaan Vape.
Kesimpulan:
1. Vape mengandungi nicotine yang menyebabkan ketagihan.
2. Berhenti merokok dan juga Vape kerana kedua2 amalan ini tidak ada
manfaat pada kesihatan dan mempunyai risiko ancaman kesihatan pada umat
manusia.
3. Jika anda perokok dan ingin berhenti merokok, gunakan kaedah yg
terbukti selamat seperti nicotine patch atau nicotine gum. Sila berjumpa
dgn doktor di klinik berhenti merokok terdekat utk mendapatkan kaedah
terbaik berhenti merokok.
4. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok
atas sebab antaranya ia menyebabkan kemabukan/penagihan. Ia juga
merupakan suatu perbuatan yg membazir dan sia2. Vape juga mempunyai
kesan yang sama (penagihan nicotine, pembaziran dan sia2).
Oleh itu fatwa pengharaman rokok saya kira perlu dipanjangkan oleh pihak Jakim agar meliputi Vape.
Semoga mendapat manfaat.
Petikan dari artikel yang ditulis oleh : Abdul Rahman Abdul Kadir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment