Sunday, August 09, 2015
GHB Sasar Rampas Johor dari UMNO - Mat Sabu... Kah Kah
JOHOR BAHRU : Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor
merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar
perjuangannya.
Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata demikian apabila diminta mengulas
tentang prospek gerakan tersebut di negeri yang dianggap sebagai kubu
kuat UMNO.
"Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB
untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan
negeri-negeri lain.
"Perubahan sikap rakyat Johor begitu ketara sekali. Ini pula ditambah
dengan pergolakan politik terutamanya selepas pengguguran Tan Sri
Muhyiddin Yassin (daripada Kabinet)," kata Mohamad yang lebih mesra
dikenali sebagai Mat Sabu.
Tambahnya, generasi muda Johor yang bekerja di Kuala Lumpur, Singapura dan di luar negeri mula mahukan perubahan.
Mat Sabu ditemui wartawan selepas menghadiri Jamuan Raya GHB di Taman Universiti, Johor Bahru.
Dalam majlis itu, turut diperkenalkan beberapa nama individu profesional
dan tokoh ilmiah negeri bagi membantu gerakan tersebut di Johor iaitu
Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ali Abdul Rahman, Zainal Abidin Sidi dan Dr
Mazlan Jam'an.
Acara tersebut turut dihadiri barisan jawatankuasa GHB pusat, pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment