Sunday, August 09, 2015
Kit Siang: Pakatan Baru Akan Muncul Tak Lama Lagi...GHB....boleh Blah Lah
PETALING JAYA : Lim Kit Siang mengisytiharkan sebuah pakatan
pembangkang yang baharu untuk Malaysia akan dibentuk apabila kemunculan
parti politik Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam beberapa minggu lagi.
Beliau berkata negara memerlukan sebuah parti politik Islam baharu yang
dapat menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang
mereka.
"Ini akan menjadi satu lagi peristiwa penting dalam sejarah politik
Malaysia untuk pembentukan sebuah parti Islam yang inklusif dan
berfikiran terbuka.
"Ia akan menandakan pembentukan semula kuasa politik di negara ini dan
munculnya sebuah parti politik baharu untuk menggantikan Pakatan Rakyat -
sama ada Pakatan Rakyat baharu, Pakatan Rakyat 2.0 atau nama lain yang
akan diputuskan," katanya ketika berucap pada perhimpunan Gerakan
Harapan Baru di Pontian, Johor pada Khamis.
Penasihat kebangsaan DAP itu berkata walaupun Pakatan Rakyat sudah
berkubur, harapan dan aspirasi rakyat Malaysia terhadap perubahan
politik tidak berubah.
Katanya, aspirasi untuk perubahan dibawa ke dalam kehidupan dengan sokongan orang ramai terhadap GHB.
Menurut Kit Siang, beliau dimaklumkan oleh pengerusi jawatankuasa GHB,
Mohamad Sabu bahawa sebuah parti politik baharu akan muncul dalam
beberapa minggu lagi.
GHB ditubukan kumpulan progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan parti itu pada Jun lalu.
Kit Siang berkata rakyat Malaysia harus berfikir cara bagaimana untuk
menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal walaupun
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Sebab itu walaupun terdapat perbezaan politik kita, saya bersedia
bekerja dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment