Sunday, August 09, 2015

Terima Kasih Pak Lah Kerana 'Belajar Melepaskan'...Apa Apa Pun Syabas Pak Lah

Sedihkan...Orang Melayu kita hari ini.Sanggup Tikam menikam...Bilanya orang Melayu akan bersatu hati.Admin mahu orang Melayu kita suatu hari nanti bersatu hati...Aamiin.

Selaku Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali sebelum ini berkata perlunya beliau ada 'kebebasan' untuk mentabir negara mengikut wawasannya yang tersendiri.
Ini adalah dalam kontek kritikan dan tekanan yang dihadapi beliau dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa isu termasuk 1MDB kebelakangan ini.

Jumaat,ketika berucap majlis penyampaian ijazah Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Putrajaya,Najib menyuarakan penghargaan beliau pada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi kerana terus mendokong dan tidak ganggu pentabiranya.

"Saya ingin melahirkan penghargaan kepada Tun.Selepas bersara, beliau belajar untuk melepaskan dan mendokong pengantinya.Terima kasih ," katanya.

Program Transformasi GLC itu dilancarkan semasa zaman pentabiran Abdullah.

"Kita meraikan kejayaan syarikat GLC yang melalui program transformasi merentasi tempoh 10 tahun dengan jayanya. Program dilancarkan 10 tahun lalu di dewan yang sama.

"Abdullah ketika itu Perdana Menteri. Saya masih ingat, ketika itu saya hadir," kata Najib. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment