
Sunday, August 09, 2015
Anda Nampak Tak.....Wayang Sesumpah PR, Dulu Kecam Sekarang Sokong SPRM
Bak sesumpah, pembangkang bertukar warna lagi. Bila ada kepentingan
mereka sanggup menjilat ludah sendiri demi kepentingan peribadi.
Ulas Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim
berikutan sikap pemimpin pembangkang yang tiba-tiba mengajak rakyat
Malaysia untuk menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bagi meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam
akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tegas beliau, jika sebelum ini SPRM begitu teruk dikejam malah dituduh
pembunuh berkaitan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock, kini apabila
melihat ada peluang untuk menangguk di air keruh, mereka sanggup
‘menebalkan muka’ melawat ke pejabat SPRM kononnya memberi sokongan.
“Hipokrit dan tidak tahu malu. Itulah yang saya boleh simpulkan dengan
sikap pembangkang ini. Semasa kes mendiang Teoh Beng Hock, mereka
mendesak suruhan diraja ditubuhkan kononnya SPRM tidak telus.
“Kini mengapa SPRM dijulang sehingga sanggup menjilat ludah sendiri. Ini
jelas menggambarkan sikap pembangkang yang suka mengambil kesempatan.
Pantang ada ruang pasti mereka gunakan asalkan ia memberi imbuhan yang
baik kepada mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Azrinizam, beliau amat berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik murahan pembangkang.
Ini kerana tambahnya sokongan yang diberikan ini hanyalah wayang
semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mendapatkan keuntungan
politik.
“Apabila SPRM menyiasat pemimpin mereka pula, sudah pasti agensi
kerajaan itu akan dikejam semula dan dituduh menjadi ‘barua’ UMNO”,
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment