Sunday, August 09, 2015
Polis Tumpu Maklumat Bocor Bukannya SPRM....Tak Pasal Pasal BOS SPRM Melompat...Apa Hal?
Masa Teo Beng Hock dulu...Diammmm tak berani bersuara. Kecut Mulut tanpa membantah
Polis hanya menyiasat kebocoran maklumat siasatan kes 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan bukan hanya tertumpu terhadap pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
“Mereka menyiasat kebocoran maklumat dan didokumen yang tersebar di media sosial.
“Pihak berkuasa tidak mahu melihat maklumat mengenai siasatan yang sedang dijalankan bocor,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.
Dr Ahmad Zahid berkata pegawai dari agensi lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan itu.
“Segalanya dilakukan mengikut SOP.
“Polis tidak mensasarkan mana-mana agensi atau pegawai,” katanya pada
sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh,
Abul Hassan Mahmood Ali.
Pada Khamis, Bukit Aman menafikan mensasarkan SPRM dan penglibatan tangan ghaib dalam siasatan polis terhadap suruhanjaya itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata,
fokus pihaknya adalah berkaitan dakwaan kebocoran maklumat yang
melanggar satu seksyen mengikut Akta Institusi Kewangan dan Perbankan
(Bafia).
“SPRM boleh dan akan meneruskan siasatan mereka.
“Kami tidak mengganggu siasatan yang mereka jalankan,” katanya kepada
pemberita di Bukit Aman di sini ketika lawatan Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Anak Kujat.
Noor Rashid mengulas penahanan beberapa pegawai SPRM dan serbuan di pejabat suruhanjaya itu sejak minggu lalu.
Noor Rashid berkata, polis bukan sahaja menyiasat kebocoran maklumat
berkaitan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, tetapi juga maklumat berkaitan data perbankan yang
menyalahi Bafia.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut fakta dan jika ia
memberi petunjuk kepada Bank Negara atau pihak bank pihaknya akan
menyiasat pihak berkenaan juga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment