Monday, August 03, 2015
Hadi Tak Profesional Saran Ahli PAS Tidak Terlibat Demo - Abdullah Sani
SHAH ALAM : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai
tidak profesional apabila menyarankan ahli-ahli PAS tidak terlibat
dengan demonstrasi.
Pemimpin PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika dihubungi Antarapos
berkata, Hadi seharusnya memahami rintihan rakyat yang mahukan perubahan
dalam sesuatu isu, terutamanya dalam soal pentadbiran negara.
"Jika arahan itu keluar dari Hadi, saya tidak nampak dimana relevannya.
Dan saya anggap kenyataannya itu sebagai bukan kehendak dan naluri
rakyat.
"Yang pertamanya adalah isu yang dibangkitkan di dalam demonstrasi
tersebut. Jika isunya relevan dan perlukan perhatian dari dalam dan luar
negara bagi menepati kehendak rakyat, maka ia tak jadi masalah.
"Jika berdemonstrasi sekalipun, tidak pernah berlaku keganasan. Siapa
yang buat keganasan? Dalam proses itu saya percaya bahawa himpunan itu
adalah tuntutan anak-anak muda untuk melihat sebuah negara yang
cemerlang dan kestabilan dari apa yang," katanya.
Terdahulu Hadi dipetik sebagai berkata mana-mana pihak yang menyokong
perjuangan PAS tidak boleh membiarkan diri mereka dipengaruhi dakyah
pihak tertentu sehingga terbabit dengan keganasan dan bergaduh dengan
pihak berkuasa.
Tegasnya apa sahaja masalah yang melanda negara, termasuk politik boleh diselesaikan mengikut syariat Islam.
Malah menyentuh demonstrasi jalanan #tangkapNajib yang dianjur oleh
aktivis, Sabtu lalu, ujar Hadi ia hanya akan mengundang keganasan,
lebih-lebih lagi apabila adanya provokasi yang dicetuskan oleh pihak
tidak bertanggungjawab.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment