Monday, August 03, 2015
Kaki Tukang Cuci Tersangkut Dalam Eskalator, Terpaksa Dipotong
SHANGHAI : Kaki seorang tukang cuci terpaksa dipotong setelah terlekat di
sebuah eskalator di sebuah pasaraya pada Sabtu (1 Ogos) malam.
Ketika kejadian, lelaki berusia 35 tahun itu sedang membersihkan anak-anak tangga di eskelator terletak di level bawah tanah.
Laporan dari Xinmin Evening News melaporkan eskalator yang dibuat oleh
Shanghai Mistubishi Elevator dihentikan serta merta dan lelaki berkenaan
dikejarkan ke hospital.
Namun kakinya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu parah dan doktor terpaksa memotongnya.
Kejadian berlaku semasa pasaraya itu telah ditutup.
Kejadian ini menjadi insiden ketiga yang melibatkan tragedi eskalator di
China dalam masa satu minggu, menyebabkan perasaan paranoid orang ramai
dalam negara terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment