Menilai Hadiah
Sabda Nabi s.a.w:
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ،
فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي،
أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ
أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ
مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى
عُنُقِهِ
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan
dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan
hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak
mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung
pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung
dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan
jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan
mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya,
maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara
tidak langsung.
Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan
kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk
penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita
memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai
besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan
atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
Jumlah
ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun
pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka
itu pasti rasuah.
Artikel oleh : Dr Maza
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment