Sunday, August 09, 2015

Ingat GHB Boleh Tarik Undi Ker...Pakatan Rakyat Baru Bakal Muncul Selepas GHB Didaftarkan - Lim Kit Siang

Mungkin dibandar besar boleh lah...ditempat lain minta maaf lah...DAP. Jangan kita orang Melayu jangan jadi BARUA DAP

SHAH ALAM : Penasihat DAP Lim Kit Siang memberitahu selepas Gerakan Harapan Baru (GHB) didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik, akan wujud satu gabungan baru yang diberi nama Pakatan Rakyat Perjuangan.

"Apabila satu parti politik baru muncul daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam masa beberapa minggu, satu Pakatan Rakyat baru – sama ada Pakatan Baru, Pakatan 2.0 atau apa juga nama – akan sedia untuk membawa obor bagi Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi penubuhan itu akan diselesaikan dalam masa beberapa minggu lagi seperti yang dimaklumkan oleh pengerusi gerakan itu.

GHB dibentuk oleh kalangan pemimpin progresif PAS sebagai mukadimah bagi penubuhan parti politik baru selepas kumpulan itu disingkirkan dalam pemilihan parti.

Kumpulan konservatif dalam PAS pula pada bulan lalu memutuskan hubungan dengan DAP susulan kritikan ke atas isu kontroversi yang menjadi duri dalam daging sejak sekian lama.

Ia seterusnya menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

Lim yang juga MP Gelang Patah berkata, gabungan baru itu akan membentuk jajaran baru dalam kuasa politik negara dan melahirkan gabungan politik baru yang akan menggantikan Pakatan Rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment