Sunday, August 09, 2015
MB Perak Ulas Lagi Isu Demonstrasi Haram. . . . "Jangan Ugut Saya"
Tiga kali Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulas
tuntutan peneroka haram yang dibuat melalui demonstrasi di depan
pejabatnya pada hari Rabu lalu. Ia sesuatu yang kerajaan negeri tidak
boleh terima.
Kepada media beliau mengadu ”ini bukan caranya . . . saya tidak akan tunduk kepada demonstrasi begini.”
Ironinya demonstrasi kira-kira 100 peneroka sayur dan buah-buahan itu
dianjur dengan kerjasama pembangkang di depan pejabat beliau sewaktu
beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO.
Selain menuntut kerajaan memulangkan hak mereka iaitu tanah-tanah yang
diteroka dan diusahakan puluhan tahun yang sudah dirampas, mereka
mendesak bertubi-tubi kali mahu bertemu dengan Menteri Besar.
“Apa pasal MB tak mahu jumpa kita . . .kita mahu bertemu dan meminta
jawapan”demikian komen peneroka ketika menuntut Dr.Zambry turun menemui
mereka . . . “turun MB, turun MB.”
Untuk rekod kira-kira 100 orang “petani” terdiri ahli-ahli Gabungan
Selamatkan Petani dan Penternak Negeri mengadakan perhimpunan haram
didepan pejabatnya mendesak mahu menemuinya. Kelakuan agresif sehingga
menimbulkan kekecohan berakhir apabila kira-kira 39 orang ditahan polis
kerana enggan bersurai.
Selepas sidang EXCO dan dalam sidang media hari Rabu, MB mengulas isu
ini, begitu juga keesokanya semasa menghadiri satu jamuan hari raya di
Tanjung Malim.
Kepada media, Dr.Zambry mengingatkan penunjuk-penunjuk perasaan (100 orang) beiau tidak tunduk ada sebarang desakan.
”Ini bukan caranya . . . .”katanya ringkas.
Serentak itu beliau membidas sebuah parti pembangkang iaitu Parti
Sosialis Malaysia (PSM) yang mendalangi demonstrasi di depan pejabatnya
pagi Rabu.
“Inilah modus operandi mereka”katanya merujuk campur tangan PSM dalam isu penerokaan tanah haram di Perak.
Beliau sekali lagi mengingatkan mereka terlibat dalam demonstrasi itu
bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk dengan tuntutan yang dibuat
menggunakan demonstrasi sebagai cara untuk memaksa kerajaan.
Dr Zambry sekali lagi berkata demonstrasi di depan opisnya Rabu lalu
“digerakkan oleh PSM. Tujuan mereka jelas bagi menggambarkan seolah-olah
kerajaan negeri langsung tidak berbuat apa-apa untuk membantu petani.
Pagi tadi (Jumaat) beliau mengulangi kenyataan sama kepada pemberita
selepas majlis mengangkat sumpah menerima jawatan Datuk Zamri Man
sebagai Datuk Bandar Ipoh ke – 10 di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.
Modus operandi mereka, katanya lagi yang bukan sahaja dilakukan di Ipoh,
malah juga di Putrajaya dan dianjurkan berkali-kali sejak
bertahun-tahun lalu.
“Minta maaf, ini bukan caranya dan saya tidak akan melayan mereka kerana sejak awal lagi, inilah cara mereka,” katanya.
Beliau percaya kumpulan sama akan terus berbuat perkara-perkara yang
pelik di masa-masa depan bagi menggambarkan mereka berjuang untuk
membantu petani dan kerajaan negeri langsung tidak ambil peduli.
Dr.Zambry menjelaskan sejak dulu, kerajaan negeri pimpinan BN telah
menyelesaikan beribu-ribu masalah petani, seperti masalah beribu ekar
tanah di Coldstream (di Bidor melibatkan pengusaha sayur dan buah-buahan
bangsa Cina).
Bagaimanapun, kata beliau, terdapat kawasan yang diteroka secara haram
yang tidak boleh diselesaikan kerana kerajaan juga mempunyai rancangan
pembangunan di kawasan yang berkenaan.
“Kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah tetapi ada
kawasan-kawasan tertentu yang kerajaan telah kenal pasti untuk tujuan
pembangunan.
"Takkan Perak tidak boleh membangun, dengan tuntutan kawasan perumahan,
rakyat hendak kemudahan seperti bandar baharu, jika tidak, rakyat akan
menyalahkan kerajaan Perak kerana tidak berbuat apa-apa,” katanya.
Agenda Daily menyiar semula komen beliau yang dibuat semalam selepas
program pecah tanah SM Tahfiz Darul Ridzuan daerah Batang Padang di Kg
Sg. Lesong, di Tanjung Malim berhubung isu sama. Katanya demonstrasi
berkenaan—satu lagi provokasi-- bagi memperjuang isu lapuk bukannya satu
perkara baru.
Katanya dakwaan bahawa kerajaan BN tidak memberi kepedulian berhubung
masalah para petani dan nelayan di negeri perak sekadar mainan
pmbangkang lsama sekalid tidak berasas.
Kerana katanya lagi petani tulen tahu sumbangan serta bbantuan dan
sokongan lyang dihulurkan kepada mereka sepanjang masa sejak negeri ini
diperintah oleh kerajaan BN.
MB Perak mengingatkan mereka terlibat bahawa beliau tidak akan tunduk
dengan desakan tersebut yang seakan mahu dirinya menurut kehendak
mereka.
Katanya sekiranya mereka mengharapkan “cara itu mereka nak mengugut saya
serta melawan kerajaan . . . , saya tidak akan tunduk kepada mereka,
saya mintak maaf… Itu bukan cara saya . . . “
Dengan nada keras beliau memberi mereka amaran” . . . dan jangan ugut saya.”
Mereka katanya terdiri dari muka-muka sama serta dirancang dan modus
operandi dijalan olehsebuah parti pembangkang. Mereka terlibat datang
membawa ternakan,tanam-tanaman dan aneka lagi bagi mengelabui mata
rakyat.
Tujuan mereka tambahnya tidak lain semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.
Dalam konteks ini, Menteri Besar Perak itu menyifatkan tindakan penunjuk
perasaan dalam perhimpunan haram itu hanyalah sekadar modus operandi
Parti Sosialis Malaysia atau PSM untuk memburukkan kerajaan negeri.
Katanya kebanyakan daripada mereka yang mengepalai perhimpunan haram itu
terdiri daripada ahli PSM, bertujuan mengambil perhatian dan rakaman
buat tatapan umum.
Katanya ia seolah-olah menjadi modus operandi PSM dalam menunjukkan
betapa zalimnya kerajaan BN dan ia bukanlah kali pertama mereka berbuat
demikian.
“Seperti semua sedia maklum, kita telah melaksanakan pelbagai program
dan perancangan termasuk mewujudkan kawasan-kawasan pertanian tetapi
kumpulan ini tidak akan berhenti kerana mereka mempunyai matlamat dan
tujuan tersendiri,” katanya.
“Kita boleh lihat semalam yang mengendalikan tunjuk perasaan itu adalah
terdiri daripada ahli parti PSM yang bukan pertama kali mereka buat… Dah
banyak kali dah.
“Seolah-olah dia (PSM) buat daripada program dia untuk mereka lakukan
setiap masa dan menjadi sebagai modes operandinya,” ujar beliau.
Beliau berkata lagi, mereka telah melakukan sesuatu tindakan yang
seolah-olah mencabar tugas pihak berkuasa supaya tindakan tersebut
dirakam dan direkodkan.
“Selama berapa lama, empat lima jam, polis biar begitu sahaja. Tetapi
mereka bertindak sebaliknya supaya polis mengambil tindakan.
“Matlamat dia supaya apa yang dibuat itu akan diambil tindakan,
direkodkan serta divideokan dan daripada rakaman itu boleh mereka
tunjukkan kepada dunia bahawa zalimnya Kerajaan Barisan Nasional (BN)
negeri Perak,” katanya.
“Kita nak layan macam mana kumpulan ini kerana rakyat serta petani tulen
tahu apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dalam
menyelesaikan permasalahan di dalam kegiatan dan kawasan pertanian,
memang mereka kita bantu selama ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment