Tuesday, August 04, 2015

Isunya, Tuduhan Dana Itu Kononnya Dari 1MDB, Jangan Divert!!

thK1FA2OA1
EDITOR MENULIS...
4 OGOS 2015

BILA disahkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) semalam bahawa dana USD 700 juta yang di dakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri pada 2013, bukan dari 1MDB sebaliknya penyumbang-penyumbang politik UMNO, maka sasaulah sekejap tukang-tukang karut nak menukar cerita kepada apa yang lain.

Terutama yang paling gelabah ini ialah penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, langsung tak sentuh ia adalah Mahathir dan Sarawak Report yang galak menuduh dana itu datangnya dari 1MDB aka duit rakyat.

Kenapa 1MDB, sebab disitulah terletaknya nilai berita dan persepsi, tanpa 1MDB, mana ada nilai berita dakwaan seperti ini.  Kalau setakat nak kata sumbangan politik tidak ada isu, kerana sebagai pemimpin politik, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menerima sumbangan dari penderma – sama seperti pemimpin-pemimpin politik lain di negara ini dan di dunia sekalipun.

Atau, macam mana nak gerak kerja-kerja parti?  Nanti kalau takde sumbangan, dikata salah guna duit kerajaan pula, bila terbukti duit derma, pun ada bantahan juga, jadi macam mana yang betulnya?

Tapi yang terpenting sekali, isunya sekarang SPRM sudah mengesahkan bahawa wang itu bukan untuk kegunaan peribadi Najib tapi kegunaan parti dan bukan datang dari 1MDB.  

Yang dok tuduh dulu pakai bukti dari mana?

Sepatutnya, yang menuduh ni tampil dengan kenyataan balas kenapa tuduhan yang dilemparkan dulu, berbeza sangat dengan kebenaran yang dikatakan SPRIM sekarang?  Itu jawab dulu sebelum konar tang lain.

Orang itu cakap apa, orang ini cakap apa, itu tidak penting dan boleh dikemudiankan. Kita mahu utamakan ini dulu, tuduhan ini dan kenapa ia dibuat pertama kali, pakai bukti korek dari mana?  Apa motif disebaliknya dan semua yang berkaitan dengan itu.

Dengan hanya mengatakan SPRM dijerut lehernya oleh Najib, itu samalah modus operandi pembangkang ke atas Mahathir dulu.  Sedangkan kita tahu Najib sangat berbeza dengan Mahathir, beliau dapat dana politik dari Timur Tengah, Mahathir  pernah di dakwa dapat dana dari antaranya tauke judi lumba kuda – cakap banyak pun malas.

Disediakan oleh :
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s1600/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment