Wednesday, August 26, 2015

Jangan Mimpilah GHB Nak Menang Di Sarawak Tu..... Bertanding di PRN Sarawak Pendapat Peribadi Khalid Samad - Mat Sabu

SHAH ALAM : Gerakan Harapan Baru (GHB) masih berkira-kira untuk bertanding di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan, demikian kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Beliau berkata tiada sebarang perancangan untuk GHB berbuat demikian dalam masa terdekat kerana masih menumpukan isu-isu rakyat di Semenanjung.

"Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat dalam ceramah."

"Itu pandangan dia (Khalid Samad), kita belum buat keputusan dan pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan. Kita pun tidak tahu pilihan raya Sarawak bila?" katanya dalam sidang media, merujuk kepada kenyataan Khalid sebelum ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dalam sidang medianya pagi tadi berkata GHB bersedia untuk bertanding dalam PRN Sarawak selepas penubuhan parti politik baru berkenaan bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Khalid berkatas calon dan agihan kerusi masih belum dibincangkan kerana mahu memperkukuhkan organisasi baru itu terlebih dahulu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment