Wednesday, August 26, 2015
Memang Pengecutttt!!!! Hanya Dua Sebab Mewajarkan Wakil Rakyat Letak Jawatan, Kata Khalid Samad
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan tidak akan
meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat walaupun terdapat desakan
daripada pihak tertentu.
Khalid berkata, pendirian berkenaan diambil kerana berpendapat beliau
tidak melanggar dua asas penting sehingga mewajarkannya meletakkan
jawatan.
"Jika seseorang perlu letak jawatan hanya atas dua sebab, yang pertama
kerana melanggar asas yang dia dipilih oleh wakil rakyat dan kedua
kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.
"Jadi hanya dua sebab mengapa Ahli Parlimen atau ADUN perlu letak jawatan," katanya.
Beliau mengulas mengenai desakan baru daripada pihak tertentu yang
menggesa pemimpin progesif PAS mengosongkan kerusi sebagai Ahli Parlimen
mahupun ADUN jika menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB).
Senada dengan Khalid Samad ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah
Mahmud yang turut menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai
wakil rakyat di kawasan itu sehingga tertubuhnya parti baru nanti.
Katanya, ini ekoran kemenangan yang berpihak kepada beliau semasa
pilihan raya umum yang lalu adalah bukan hanya faktor undi ahli PAS
sahaja tetapi turut disumbangkan oleh ahli-ahli parti lain.
"Dalam kes Kota Raja itu sendiri, ada yang mengatakan ini kerusi PAS dan
orang PAS yang mengundi, ahli PAS di Kota Raja berkemungkinan ada dalam
4,000 orang.
"Tetapi majoriti kita di Kota Raja adalah 29,000 bermakna yang menyokong
kita sebahagian besar daripadanya adalah orang kebanyakan," katanya.
Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota
parlimen dan ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain supaya
mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.
Ahli Parlimen Marang itu berkata tindakan tersebut perlu dilakukan
kerana mereka telah berbaiah semasa menerima tawaran bertanding menjadi
wakil rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment