Monday, August 03, 2015
Kalau Ikut Tradisi, Anwar Dah Jadi PM Dari UMNO Hari Ini
Apabila mesyuarat bahagian UMNO dari Johor bermula, pelbagai isu
berkaitan tradisi dibangkitkan untuk membantah (secara halus) tindakan
Perdana Menteri menggugurkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dari barisan kabinet Selasa lepas.
Nak ungkit bab perlembagaan dan undang-undang, tidak ada kerana kuasa
melantik/memecat ahli kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri zaman
berzaman, jadi sentuhlah bab tradisi seolah-olah wujud frasa tradisi
dalam perlembagaan UMNO.
Tak ada perkataan tradisi dalam perlembagaan UMNO, sebab itu Muhyiddin sendiri pun tidak membantah.
Konon, adalah menjadi tradisi semata-mata seorang Timbalan Presiden UMNO
mesti menjadi Timbalan Perdana Menteri, yang mana memang betul dari
satu segi, tapi bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang
Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lebih lagi bila bercakap tentang Johor kerana Timbalan Presiden UMNO
yang pertama tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam sejarah negara
ini ialah Tun Musa Hitam yang juga berasal dari negeri Selatan tanah
air tersebut.
Apa yang penulis nak katakan disini ialah, tradisi tradisi juga tapi
pertimbangan-pertimbangan lain tidak boleh diketepikan. Jika nak pakai
tradisi sangat, Anwar (seorang peliwat) akan menjadi Perdana Menteri
dari UMNO hari ini. Adakah itu yang ahli UMNO mahukan?
Jadi, sementara kita menghormati tradisi, kita juga perlu faham
perbezaan antara jawatan dalam parti dan kedudukan dalam kabinet.
Perdana Menteri pun bukan mengenepikan sama sekali tradisi dalam UMNO
bila membuat rombakan kabinet, sebab perlantikan Datuk Sri Zahid Hamidi
bagi menggantikan Muhyiddin adalah bersesuaian dengan tradisi UMNO dalam
hal bila berlaku keadaan dimana timbalan digugurkan.
Beliau adalah Naib Presiden yang dipilih oleh 190 dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara.
Anehnya, jika nak sangat tradisi menjadi kewajiban, kenapa tidak
diusulkan pindaan dalam perlembagaan UMNO agar jawatan Timbalan Perdana
Menteri wajib diisi oleh Timbalan Presiden UMNO?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment