Monday, August 03, 2015

Kasihan Melayu Terkial-kial Mempertahankan DAP

EDITOR MENULIS...
3 OGOS 2015

Saya merasa kasihan kepada anak-anak muda Melayu yang terkial-kial mempertahankan Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan sebuah parti cauvinis mutakhir ini... ada yang mempertahankan... malahan baru-baru ini 'pakar' Perlembagaan iaitu Aziz Bari, Sasterawan Negara - A. Samad Said, dan beberapa lagi bertindak secara 'terbuka' dan 'berani' menyertai DAP yang sejak sekian lama tak pernah kita bayangkan akan terjadi... telah pun terjadi...
teresa-jawi 
Syefura Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Rara, tampil dengan bertudung menyatakan sepanjang penglibatan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, tidak ada sebarang tindakan atau keadaan yang menujukkan DAP parti perkauman atau rasis. 

“Alhamdulillah saya sangat selesa berada dalam DAP, bersama pimpinan DAP dan rakan-rakan…” kata Rara.

Kita tidak kisah jika Rara selesa bersama DAP. Ia adalah pilihan beliau. Ia memang hina dan jelik, tapi bukan sesuatu yang aneh kepada Melayu hari ini. 

Yang kita ambil peduli ialah kenyataan Rara bahawa orang Melayu sebagai majoriti harus bertolak ansur dengan kaum lain terutama dalam isu pendidikan satu aliran.

Pemberita: “Mengapa pemimpin tertinggi DAP tetap mahu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika mereka bukan parti rasis. Mengapa tidak hanya sekolah satu aliran?”

Rara: “Bagi pendapat saya, setiap orang ada hak dan pendirian masing-masing. Dan…bagi pendapat saya ini bukan soal mahukan sekolah satu aliran atau dua aliran. Tapi ia berbalik kepada Perlembagaan juga. Tak boleh senang hendak ubah perlembagaan. dan juga banyak isu kita perlu selesaikan dulu sebelum kita hendak selesaikan isu sekolah satu aliran dan dua aliran ini.”

Soalnya, jika mereka bukan parti rasis mengapa DAP masih mahu sekolah aliran cina dikekalkan? Rara tidak perlu bercakap soal Perlembagaan atau isu lain kerana ia soalan mudah sahaja. 

Jika DAP parti memperjuangan keadilan dan kesamarataan antara kaum, mengapa mereka tidak boleh menerima sekolah aliran bahasa kebangsaan sebagai sistem pendidikan tunggal?

Kasihan Rara gadis Melayu yang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik sebahagian kaum Cina. Jika beliau baca Perlembagaan Malaysia dengan betul tentu beliau tahu kewujudan sekolah aliran Cina ini sepatutnya sudah dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka.

Beliau juga berpesan sebagai kaum majoriti di negara ini, orang Melayu perlu bertolak ansur dengan kaum minoriti serta perlu sensitif antara satu sama lain.

Soalnya, apa lagi yang orang Melayu belum bertolak ansur? Jangan main tuduh dan dakwa sahaja seolah-olah orang Melayu ini kejam, menindas bukan Melayu dan tidak berperikemanusiaan.

Bangsa Melayu ini paling banyak bertolak ansur. Tidak percaya? Pergilah ke negara lain boleh ada sekolah aliran lain selain sistem pendidikan aliran bahasa rasmi secara sewenang-wenangnya dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan?

Adakah di negara lain, kaum Cina dibenarkan menguasai ekonomi, media, infrastruktur, letrik, judi, permbinaan sehinggakan 25% kaum Cina menguasai hampir 70% kekayaan negara. Malah sekarang mereka juga mahu menguasai politik dengan dibantu oleh Melayu seperti Rara, Melati dan beberapa orang Melayu sepertimana yang pernah disebut oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai 'Melayu yang lahir salah haribulan'... 

Tepuk dada tanyalah selera kita... fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s1600/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment